Suamiku Lelaki Pendosa (TV3) | Sinopsis Drama

Suamiku Lelaki Pendosa (TV3) | Sinopsis Drama

Drama : Suamiku Lelaki Pendosa
Produksi : Global Station Sdn Bhd
Pengarah : Eyra Rahman
Penulis Skrip : Siti Jasmina, Ctna Marzuki
Siaran : TV3
Mula Tayangan : 9 Februari 2022
Masa : Isnin-Khamis | 10.00 Malam
Episod : 28
Pelakon : Aaron Aziz, Sophia Albarakbah, Shima Anuar, Gambit Abdullah, Fauzi Nawawi, Maria Farida, Aleza Shadan, Edika Yusof, Hafeez Mikail, Faez Malik, Kael, Fiza Thomas, Annie Mosha

Sinopsis Drama Suamiku Lelaki Pendosa 

kehidupan Cahaya Malaika (Sophia Albarakbah) yang ceria bertukar rentak apabila rahsia identitinya terbongkar. Nik Safri (Kael)  tidak dapat menerima status Cahaya sebagai anak angkat yang tidak diketahui asal usulnya lalu menghina dan memutuskan pertunangannya dengan Cahaya.

Suatu hari, Cahaya Malaika bertemu dengan Datin Junaidah (Maria Farida) yang begitu berkenan dan mahu dirinya menjadi isteri kepada anaknya, Dean (Aaron Aziz). Walaupun gaya Datin Junaidah seperti tergesa-gesa mahu melakukan perkahwinan secepat mungkin, Cahaya menerima lamaran tersebut tanpa syak wasangka.

Selepas berkahwin, Cahaya terkejut apabila mengetahui rahsia Dean dan kawan baiknya, Izfairin (Gambit Saifullah). rupa-rupanya Datin Junaidah mempunyai agenda sendiri dan sekadar menggunakan Cahaya Malaika untuk menutup kekurangan pada anaknya yang luarannya tampak sempurna.

Adakah Cahaya Malaika mampu menerima takdir dan membimbing Dean ke jalan yang diredhai Allah dan kembali kepada fitrah manusia? Mampukah Dean berubah dan menjauhi diri dari Izfairin?

Post a Comment

0 Comments