Nurlaila (TV1) | Sinopsis Drama

Nurlaila (TV1) | Sinopsis Drama

Drama : Nurlaila
Produksi : Luqsar Kreatif
Pengarah : Heykal Hanifah
Siaran : TV1
Mula Tayangan : 16 Februari 2021
Masa : Isnin-Khamis | 6.00 Petang
Episod : 26
Pelakon : Hana Aqeela, Aedy Ashraf, Zamarul Hisyam, Rusdi Ramli, Amyza Aznan, Kamarool Hj Yusoff, Ku Fridah, Neera Azizi, Faradhiya, Nor Albaniah, Fimie Don, Ruminah Sidek

Slot Widuri TV1 membawakan sebuah drama bersiri terbaru, Nurlaila yang akan menggantikan drama Derhaka Cinta Jebat mulai 16 Februari 2022. Sebuah drama bertemakan kekeluargaan dan cinta yang tragis, Nurlaila menampilkan gandingan pelakon utama Hana Aqeela dan Aedy Ashraf.


Nurlaila mengisahkan  perjalanan kisah hidup Imran, seorang anak muda yang mahu membina hidup sendiri walaupun berasal dari keluarga berada. Imran sering bergaduh dan tidak sependapat dengan ayah tirinya, Khalid kerana tidak setuju dengan sikap lelaki yang selalu mempersiakan ibunya, Aina yang sedang menderita penyakit barah otak.

Di luar pengetahuan Aina, Khalid menjalin hubungan sulit dengan Sara, setiausaha di syarikat milik mereka. Ketika Imran memutuskan keluar dari rumah untuk menenangkan diri, dia secara tak sengaja bertemu dengan gadis kampung bernama Nurlaila.

Nurlaila sebenarnya melarikan diri daripada konco bapa ayam, Pak Tono yang ingin menjualnya sebagai pelacur. Laila bernasib baik diselamatkan oleh Imran dan kemudiannya menumpang teduh di kondo milik Imran yang turut dihuni oleh Mak Som, orang gaji kepada Imran. Hubungan mereka mulai rapat namun Laila sedar akan kedudukannya.

Sementara itu Khalid mula bertindak menyeleweng duit syarikat dan mahu menggunakan Imran sebagai ‘kambing hitam’. Namun Aina lebih percayakan anaknya itu.


Suatu hari Imran diberikan tawaran oleh Aina bahawa segala harta miliknya akan diberikan kepada Imran sekiranya anaknya itu berkahwin. Dia terfikirkan Laila dan mahu menawarkan sejumlah wang yang berguna untuk Laila melunaskan hutang keluarganya dengan Pak Tono. 

Khalid pula mula tidak senang duduk lalu merancang pelbagai muslihat semata-mata mahu menjatuhkan Imran. Dia tidak mahu Imran hidup bahagia sampai bila-bila. Sara pula menikamnya dari belakang bila tidak diberikan wang. 

Kehadiran Laila juga berjaya menyatukan Aina dengan ibunya, Nek Kiah yang lama terpisah. Aina cuba menyembunyikan penyakitnya kerana tidak mahu nenek Imran itu sedih dan terpaksa pula menjaganya. Namun di sebalik semua itu rupa-rupanya tersembunyi satu hakikat. 

Nurlaila (TV1) | Sinopsis Drama

Apakah sebenarnya yang disembunyikan Aina daripada pengetahuan semua orang? Bagaimanakah kesudahan kisah cinta Imran dan Nurlaila?

Post a Comment

3 Comments

  1. wahhh rtm pun dah ada portal online? Okay naisss, nak tengok Aedy Ashraf hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lama pana, ramai yg tak perasan. byk pula drama dia jadi hero sekarang..haha

      Delete
  2. Mesti best bila dua pelakon ni bergabung. Ada masa boleh tengok kat rtmklik tu :)

    ReplyDelete