Sinopsis Telefilem | Licin (TV1)


Telefilem : Licin
Produksi : 1960 Fox Studio
Pengarah : Ashraf Dato Jurey
Penulis Skrip : Zabidi Mohamed
Siaran : Panggung RTM TV1
Tayangan : 29 Januari 2022
Masa : Sabtu | 9.00 Malam
Pelakon : Dazrin Kamarudin, Nazeera Sardi, Mubarak Majid, Ridzuan Hashim, Mona Allen, Aizad Rosli, Rosli Rahman Adam, Nor Azifah

Telefilem Licin diulang tayang semula di Panggung RTM TV1 mengisahkan Joe dan Alias yang terpikat dengan Julia, pekerja baru di syarikat mereka. 

Memikirkan saingannya bukan calang-calang, Joe tidak senang duduk lalu membuat keputusan untuk terus meminang Julia namun bapa Julia, Pak Hamdan meletakkan syarat jika Joe mahu memperisterikan Julia.

Joe mula serba salah dengan syarat bapa Julia kerana dia bangga dengan rambut panjang yang dirasakan identitinya. Mampukah Joe memenuhi syarat Pak Hamdan demi cintanya pada Julia?

Sama seperti Joe, bapa Joe juga bangga dengan rambut dan sering mengejek Hamdan tentang kepala botak. berlaku pelbagai insiden bila mereka menunjukkan ego masing-masing. Satu hari, Hamdan mencabar bapa Joe untuk bermain karom dan orang yang kalah wajib membotakkan kepalanya. Siapakah yang menang dalam cabaran tersebut?

Saksikan kesemuanya dalam Licin yang akan ditayangkan pada 29 Januari 2022, hari sabtu jam 9 malam di Panggung RTM TV1.

Post a Comment

0 Comments