Kau Cipta Kasih (TV3) | Sinopsis Drama

Kau Cipta Kasih (TV3) | Sinopsis Drama

Drama : Kau Cipta Kasih
Produksi : Ansar Creative Media
Pengarah : Nazir Jamaludin
Penulis Skrip : Azlina Din, Azilah Wahab
Siaran : TV3/Disney+Hotstar
Tayangan : 13 Januari 2022
Masa : Isnin-Khamis | 10.00 Malam
Episod : 15
Pelakon : Uyaina Arshad, Nazim Othman, Nafiz Muaz, Fify Azmi, Amanda Amry, Sherie Merlis, Sharonizam, Dilla Ahmad, Tash Yong, Norlia Ghani, Marissa Yasmin, Mustapha Kamal, Naim Shamsol, Nyna Harizal, Raja Shahiran, Ikhram Juhari

Sinopsis Drama Kau Cipta Kasih 

sebuah drama adaptasi novel karya Azilah Wahab mengisahkan empat beradik yang menjadi mangsa kerana kepincangan yang berlaku dalam keluarga mereka.

Samad (Shahronizam) dan Sabariah (Sherie Merlis) yang dijodohkan atas pilihan keluarga namun Sabariah tidak bahagia kerana perangai suaminya yang panas baran dan tidak bertanggungjawab. Saat anak kedua mereka lahir, mereka tidak dapat menerima anak kecil tersebut kerana cacat dan dikatakan pembawa malang dalam keluarga.

Setelah dewasa, Khadijah (Uyaina Arshad) sanggup berkorban demi kesenangan adik-adiknya setelah ibu mereka melepaskan tanggungjawab menjaga urusan rumah tangga ke atas bahunya. Idris (Nafiz Muaz) terus tersisih dan tersingkir dari kasih sayang Yah dan Samad kerana kakinya yang tempang.

Ramlah (Fify Azmi) pula dimanjai ayah lebih daripada adik beradiknya yang lain sehingga dia lupa dan gagal menilai yang baik dan buruk. Hasnah (Amanda Amry) kecewa dengan kepincangan yang berlaku dalam keluarganya lalu membawa diri jauh ke luar negara. Hasnah mempunyai impian dan berazam untuk hidup bahagia bersama ibu, ayah serta adik-beradiknya.

Mereka adalah empat beradik yang ketandusan kasih sayang orang tua. Salah merekakah bila ibu bapa gagal menjalankan tanggungjawab dalam mendidik dan mencorak masa depan anak-anak?

Post a Comment

2 Comments

  1. drama masyarakat.. menarik ni😅

    ReplyDelete
  2. Nanti kalau ada kesempatan nak tengoklah. Suka tonton kisah keluarga begini.

    ReplyDelete