Sinopsis Telefilem | Final Wish (TV2)


Telefilem : Final Wish
Produksi : Pentas Wayang Production
Siaran : TV2
Tayangan : 31 Januari 2022
Masa : Isnin | 9.00 Malam
Pelakon : Ramasundran, Farid Amirul, Kenji Sawahi

Menjelang Tahun Baru Cina, RTM menjanjikan pelbagai program menarik untuk dimanfaatkan seisi keluarga untuk berkumpul dan meluangkan masa sambil menikmati rangkaian program menerusi saluran TV2 seperti telefilem Final Wish, Step Up, The Red Latern Concert dan banyak lagi.

Final Wish mengisahkan Chong yang baru dimasukkan ke dalam hospital kerana kanser tahap 4 yang dialamunya. dalam wad tersebut, Chong bertemu dengan Ali dan Muthu yang masing-masing juga berjuang melawan kanser mereka.

Hubungan mereka pada mulanya tidak rapat dan sering bertengkar sehingga suatu hari, Ali dan Muthu terdengar tangisan Chong. dari situ mereka mula berkawan baik dan mendapat tahu Chong hidup sebatang kara tanpa keluarga.

Chong teringin sekali menyambut Tahun Baru Cina buat kali terakhir lalu mengajak Ali dan Muthu untuk menyambut sekali denganya. Ali dan Muthu cuba mencari jalan bagaimana untuk menyempurnakan hasrat terakhir kawan mereka itu.

Saksikan kesemuanya dalam telefilem Final Wish, pada 31 Januari 2022 hari Isnin jam 9 malam di saluran RTM TV2.

Post a Comment

0 Comments