Ex Aku Pontianak (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Ex Aku Pontianak (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Drama : Ex Aku Pontianak
Produksi : Red Comm
Pengarah : Shamyl Othman
Penulis Skrip : Sharmaine Othman, Suzanne Ong dan Akmal Nahar
Siaran : Astro Ria
Tayangan : 19 Januari 2022
Masa : Rabu | 9.30 Malam
Episod : 
Pelakon : Ikmal Amry, Elizabeth Tan, Raysha Rizrose, Maya Hanum, Nabil Zakaria, Alicia Amin, Malek Noor, Fatimah Abu Bakar, Fikhree Bakar, Arwan

Gempak Original Series membuka tirai tahun 2022 dengan drama terbaru yang menarik dan segar bertajuk Ex Aku Pontianak yang mengandingkan Ikmal Amry, Elizabeth Tan dan Raysha Rizrose di bawah sutradara Shamyl Othman yang sebelum ini pernah mengarahkan drama Gantung The Series.

Sinopsis Drama Ex Aku Pontianak 

Malik (Ikmal Amry) seorang playboy yang bercinta dengan Bella (Elizabeth Tan) sejak empat bulan yang lalu. Namun, kawan-kawan Bella sengaja menakutkan Malik tentang misteri kehilangan  kesemua bekas kekasih Bella secara tiba-tiba selepas mereka berpisah. tapi Malik menganggap perkara tersebut hanya gurauan semata-mata.

Malik kemudiannya mula bosan dengan Bella lalu tertarik dengan seorang penulis di pejabatnya iaitu Suraya (Raysha Rizrose). Hubungan Malik dan Suraya diketahui Bella menyebabkan Bella marah dan berpisah dengan Malik.

Selepas berpisah dengan Bella, Malik mula diganggu perkara pelik seperti mendapat surat amaran jari putus yang dihantar oleh Zombie Bella. Malik mula teringat cerita tentang bekas kekasih Bella sebelum ini dan mula menyiasat perkara tersebut bagi mencari jalan menyelamatkan dirinya dengan meminta bantuan bomoh.

Rupa-rupanya Suraya adalah seorang pemburu pontianak yang mempunyai misi tersendiri untuk menghapuskan pentianak jahat seperti Bella yang cuba mengumpul kuasa baru. Apakah yang berlaku seterusnya? 

Post a Comment

2 Comments

  1. ha yg ni la AD dok tunggu je drama ni. Lepas tgk kat tv terus suka pulak layan

    ReplyDelete