4 Abdul 1 Mohd (Astro Ria) | Sinopsis Drama

4 Abdul 1 Mohd (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Drama : 4 Abdul 1 Mohd
Produksi : Porcupine Production, Heritage Movies
Pengarah : Sabri Yunus
Penulis Skrip : Sabri Yunus
Siaran : Astro Ria
Mula Tayangan : 24 Januari 2022
Masa : Isnin-Khamis | 11.00 Malam
Episode : 12
Pelakon : Sabri Yunus, Angeline Tan, Asrul Faizal, PU Azman, Brian Chan, Saidi Sabri, Issey Fazlisham, Azizul Ammar, Nora Nor, Ungku Hanafi Harun

Selepas drama Tanya Sama Pokok, Sabri Yunus sekali lagi menulis dan mengarahkan sebuah drama komedi berjudul 4 Abdul 1 Mohd. Menariknya dalam drama ini apabila Sabri Yunus memegang empat watak iaitu Abdul Jabar, Abdul Wasit, Abdul Somad dan Abdul Hakim.

Sinopsis Drama 4 Abdul 1 Mohd 

Mohd Kasim (Asrul Faizal) yang dibesarkan oleh ayahnya, Abdul Jabar (Sabri Yunus) sebagai anak tunggal. Namun dia terkejut apabila mengetahui rahsia ayahnya yang tersimpan kemas selama 50 tahun iaitu Abdul Jabar sebenarnya mempunyai anak lagi dari tiga isteri yang terdahulu.

Nama mereka bermula dengan Abdul sedangkan dia Mohd, tambah pula perangai mereka tidak seperti yang Mohd Kasim harapkan.

Abdul Jabar tidak mempunyai masa yang lama lagi untuk hidup. oleh itu, dia mula berfikir untuk membahagikan harta pusaka miliknya. Robin (Brian Chan) dan Hamidon (Azizul Ammar) telah diarahkan untuk mencari Abdul Somad, Abdul Wasit dan Abdul Hakim.

Berjayakan Abdul Jabar menyempurnakan hasrat terakhirnya?

Post a Comment

4 Comments