Hati Yang Dikhianati (Astro Prima) | Sinopsis Drama

Hati Yang Dikhianati (Astro Prima) | Sinopsis Drama

Drama : Hati Yang Dikhianati
Produksi : Global Station Sdn Bhd
Pengarah : Riza Baharuddin, Bade Haji Azmi
Penulis Skrip : Eenaz Mokhtar
Slot Siaran : Astro Prima
Mula Tayangan : 12 April 2021
Episod : 40
Masa : Isnin-Jumaat | 6.00 Petang
Pelakon : Amar Baharin, Isyariana, Zamarul Hisham, Mona Allen, Shamim Farid, Mia Nasir, Shah Iskandar, Afifah Nasir, Arena Iman, Afiq Muiz, Zaki Azeman, Nabil Aqil, Malek Mccrone, Sahronizam Noor, Rosnah Johari, Fendy Bakry, Shah Reza

Sinopsis Drama Hati Yang Dikhianati 

diadapatasi dari telenovela Mis Tres Hermanas, Hati Yang Dikhianati mengisahkan Iskandar (Zamarul Hisham) yang memikul tanggungjawab sebagai anak sulung bagi membesarkan tiga adik perempuannya iaitu Syaz (Mia Nasir), Lisa (Isyariana) dan Mawar (Arena Iman).

Lisa yang bekerja sebagai jururawat di sebuah hospital bertemu dengan Elyas (Amar) ketika mengadakan protes di tapak pembinaan yang diselia oleh Elyas. walaupun banyak perselisihan faham yang berlaku di peringkat awal perkenalan, Elyas dan Lisa kemudiannya saling jatuh cinta.

konflik berlaku apabila Lisa mengetahui Elyas pernah mempunyai hubungan sulit dengan kakak iparnya, Maria (Mona Allen). Lisa benci melihat Maria berpura-pura di depan Iskandar sedangkan wanita itu telah mengkhianati kepercayaan abangnya dan dia juga tidak dapat memaafkan perbuatan Elyas.

Elyas pula sudah insaf dan walau apapun yang berlaku, dia tidak mahu berpisah dengan Lisa. dalam masa yang sama, ibu Elyas tidak bersetuju dengan pendirian Elyas selepas mengetahui apa yang berlaku antara anaknya dengan Maria dan Lisa. ibu Elyas mahu Elyas kembali semula kepada Tyra (Syamim Farid) yang merupakan bekas tunang Elyas.

Maria juga mempunyai agenda sendiri untuk memastikan Elyas tidak bersatu dengan Lisa. Dapatkah Elyas bersatu semula dengan Lisa selepas hati mereka dikhianati?

Post a Comment

0 Comments