I Promise Janji Anaqi (Astro Ria) | Sinopsis Drama

I Promise Janji Anaqi (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Drama : I Promise Janji Anaqi
Produksi : Juita Viden
Pengarah : Hadith Omar
Penulis Skrip : Nazri M Anuar, Amar Amir
Siaran : Astro Ria
Tayangan : 6 Disember 2021
Episod : 24
Masa : Isnin-Khamis | 11.00 Malam
Pelakon : Sharnaaz Ahmad, Emma Maembong, Talha Harith, Dayang Roza, Ellyas Abdullah, Isaac Imaan, Alicia Amin, Ferqisha

Sinopsis Drama I Promise Janji Anaqi 

sebuah drama adaptasi novel I Promise karya Acik Lana mengisahkan Hayla (Emma Maembong) yang berkahwin dalam usia muda dengan Zafran (Talha Harith) dan menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Hayla berkahwin dengan Zafran atas dasar cinta tapi tidak menyangka lelaki itu berubah menjadi ganas dan berfoya-foya dengan wanita lain selepas berkahwin. Hayla yang tidak tahan dibelasah mencari jalan untuk melarikan diri namun setiap kali berjaya melepaskan diri, Hayla dapat ditangkap semula oleh Zafran sehingga terlintas di fikirannya untuk membunuh diri.

Suatu hari, Hayla berjaya melarikan diri dan terjumpa seorang lelaki bernama Anaqi (Sharnaaz Ahmad). Anaqi dalam diam menyiasat tentang Hayla lalu menawarkan bantuan dan perlindungan kepada Hayla daripada terus menjadi mangsa keganasan suaminya sendiri.

Identiti Anaqi sangat misteri, lelaki itu sebenarnya adalah bekas pembunuh upahan yang diburu oleh dosa-dosa masa silamnya. untuk menebus dosanya, Anaqi melindungi Aisyah (Dayang Roza) dan anaknya Adam (Isaac Iman) daripada orang yang mahu membunuh mereka.

kini Anaqi berjanji untuk melindungi Hayla daripada terus diburu oleh suaminya dan membantu wanita tersebut keluar daripada kemelut rumah tangganya. Mampukah Anaqi menunaikan janjinya?

Post a Comment

0 Comments