Kisah Cinta Kita (TV3) | Sinopsis Drama

Kisah Cinta Kita (TV3) | Sinopsis Drama

Drama : Kisah Cinta Kita
Produksi : A. Aida Production Sdn Bhd
Pengarah : Riza Baharudin
Penulis Skrip : Rehal Nuharis, Bikash Nur Idris
Siaran : TV3 / Disney+Hotstar
Tayangan : 26 November 2021
Episod : 28
Masa : Isnin-Jumaat | 7.00 Malam
Pelakon : Aedy Ashraf, Amelia Henderson, Ikmal Amry, Daniella Sya, Jalaludin Hassan, Maria Farida, Khaty Azian, Hazman Al-Idrus, Arash Mohd, Adriana Chafar, Izzendra

Kisah Cinta Kita (TV3) | Sinopsis Drama

Sinopsis Drama Kisah Cinta Kita 

mengisahkan dua gadis yang memiliki rupa paras yang sama tapi mempunyai latar kehidupan yang berbeza iaitu Aleesa dan Natasha lakonan Amelia Henderson.

Aleesa (Amelia Henderson) berasal dari keluarga miskin terpaksa menjaga ibunya yang sakit sambil bekerja di sebuah kafe dan juga menjadi tutor. Aleesa berasa gembira apabila kesihatan ibunya semakin baik dan dia sudah membuat perancangan untuk menyambung pelajaran.

Kisah Cinta Kita (TV3) | Sinopsis Drama

Manakala Natasha (Amelia Henderson) pula berasal dari keluarga berada dan merupakan cucu tunggal Datuk Ramzi (Jalaludin Hassan). walaupun begitu Natasha tidak pernah peduli dengan urusan syarikat dan lebih gemar menghabiskan masa dengan teman lelakinya, Zuhairi (Ikmal Amry).

Datuk Ramzi mahu menjodohkan Natasha dengan Amer (Aedy Ashraf) yang merupakan orang kepercayaannya. Amer juga yang selama ini banyak membantu Datuk Ramzi dalam urusan syarikat dan juga hal peribadinya.

Kisah Cinta Kita (TV3) | Sinopsis Drama

Suatu hari, Datuk Ramzi telah jatuh sakit dan Natasha pula telah menghilangkan diri kerana mahu kahwin lari dengan Zuhairi di sempadan setelah hubungan mereka tidak direstui oleh datuknya. Amer meminta Aleesa untuk menyamar sebagai Natasha untuk sementara waktu kerana rupa mereka yang sama untuk bertemu dengan Datuk Ramzi.

Aleesa bersetuju dengan tawaran Amer kerana pada waktu itu dia memerlukan wang untuk menanggung kos perubatan ibunya apabila kanser Puan Hanisah (Maria Farida) merebak semula.

Kisah Cinta Kita (TV3) | Sinopsis Drama

Amer kemudiannya mahu Aleesa terus menyamar sebagai Natasha apabila mengetahui Natasha telah ditimpa kemalangan tragis sehingga wajahnya terbakar. Aleesa tidak bersetuju kerana ini bukan seperti perjanjian awal mereka tapi Amer mengugut mahu menghentikan kos perbiayaan ibunya menyebabkan Aleesa terpaksa akur mengikut rentak Amer.

Aleesa mula menaruh syak yang Amer mempunyai rancangan tersendiri untuk membolot harta Datuk Ramzi. Apakah kesudahannya?

Post a Comment

4 Comments

  1. Jalan cerita begini selalunya menarik walaupun klise

    ReplyDelete
  2. Jalan cerita dia macam menarik.. Tapi lama tak tengok drama melayu.. huhuhu..

    ReplyDelete
  3. Ada tertengok sikit drama ni. Belum tengok full lagi. Tapi macam dah nak habis drama ni kan.

    ReplyDelete
  4. Mmg menarik. Saya msti tengok setiap hari

    ReplyDelete