Review Drama Korea | Hellbound (2021)


Title : Hellbound
Director : Yeon Sang Ho
Screenwriter : Yeon Sang Ho
Network : Netflix
Release Date : 19 November 2021
Episodes : 6
Duration : 60 minutes
Cast : Yoo Ah In, Kim Hyun Joo, Yang Ik Jun, Park Jung Min, Won Jin Ah, Kim Do Yoon, Kim Shin Rok, Ryu Kyung Soo, Lee Re


Hellbound mengisahkan Jung Ji Soo (Yoo Ah In) ketua kumpulan agama The New Truth yang bercakap tentang satu fenomena yang mana tuhan akan menghantar utusannya terus dari neraka untuk menjatuhkan hukuman kepada pendosa.

disebabkan bukti yang ada berlaku di luar korea, ramai yang tak percaya dan merasakan Jung Ji Soo cuma mengeluarkan teori merepek. sehinggalah suatu hari, fenomena tersebut berlaku di Korea dan telah menggemparkan orang ramai apabila seorang lelaki diserang oleh makhluk misteri di khalayak ramai dan tubuhnya dibakar sehingga hangus.


sejak hari itu ramai yang mula menjadi pengikut kumpulan The New Truth dan memandang tinggi Jung Ji Soo. Selain The New Truth, ada satu lagi kumpulan iaitu ArrowHead yang mana pengikutnya terdiri daripada golongan remaja yang bertindak ganas dengan menangkap dan memukul individu yang cuba menentang kerja tuhan.

pihak polis diarahkan untuk menyiasat kes tersebut kerana pembunuhan tersebut berlaku di siang hari dan di khalayak ramai. golongan sesat ini mempersendakan kerja polis sebab bagi mereka dah sah lelaki tersebut dihukum tuhan, macam mana nak hukum tuhan? persoalannya betul ke semua yang berlaku itu adalah kerja tuhan seperti dakwaan The New Truth?


Park Jung Ja (Kim Shin Rok) yang merupakan ibu tunggal panik bila mendapat mesej kematian dari tuhan cuba mendapat nasihat dari The New Truth. Jung Ji Soo menggunakan peluang ini dengan menawarkan Park Jung Ja sejumlah wang yang besar kepada anak-anaknya jika dia bersetuju menerima hukuman tersebut secara langsung di hadapan media dan orang ramai.

dengan kematian Park Jung Ja makin ramailah yang percaya dengan apa yang dikatakan Jung Ji Soo selama ini. Jung Ji Soo menjadi individu berpengaruh dan pengikut The New Truth pun makin bertambah ramai dan membuka satu dunia baru yang dikawal oleh The New Truth. 

Detektif Jin Kyung Hoon (Yang Ik Jun) dan Penguam Min Hye Jin (Kim Hyun Joo) yang cuba menentang The New Truth telah menghilangkan diri selepas diserang oleh pengikut kumpulan tersebut.


Pengarah drama Hellbound ini juga orang yang sama mengarahkan filem Train to Busan dan Penisula tapi aku rasa cerita ini lebih seram dari zombie sebab kalau zombie tu tahulah dah hilang kewarasan diri sehingga bertindak ganas. ini manusia yang ada akal fikiran tak boleh bezakan baik dan buruk boleh terpengaruh dengan benda macam ni.

apa yang Jung Ji Soo buat ini sebenarnya nak bagi orang lain rasa macam mana yang dia rasa. kenapa? itu korang kena tengok sendiri. dan dia ambil selama 10 tahun untuk buat netizen percaya dengan hujah-hujah dia kiranya penantiannya selepas 10 tahun berbaloi bila dapat bina dunia baru yang dikawal oleh The New Truth dan kumpul pengikut yang ramai. psiko betul watak Jung Ji Soo ni.

jalan cerita Hellbound sangat menarik terutama sekali tiga episod pertama, tiga episod akhir tu aku rasa macam semua orang dah tersesat jauh dan gila bila ada yang ambil kesempatan, siapa yang dapat mesej kematian tu macam satu dosa besar bila kena terima hukuman secara live dan keluarga pun terkena tempias sampai dicaci dan dikecam netizen. paling tak masuk akal bila bayi yang baru dilahirkan pun dapat mesej kematian tapi kumpulan sesat ni cuma tutup fakta ini sebab tak nak pengikut mereka berkurangan.


aku sebenarnya tak suka tengok cerita yang berkaitan ajaran sesat, cara mereka brainwash orang untuk dijadikan pengikut tu, aku rasa macam apa bendalah yang kau mengarut ni tapi itulah yang tengok cerita macam ni jangan terpengaruh sekali pula. jadikan benda yang berlaku dalam drama sebagai pengajaran.

macam drama Hellbound ini, mesej kematian dan kemunculan tiga makhluk tersebut satu misteri yang tidak terjawab dalam drama ni tapi benda paling menakutkan bila manusia mengambil kesempatan  untuk menyebar dakyah sesat dan mempengaruhi orang lain dan juga berlagak seperti tuhan untuk menjatuhkan hukuman kepada golongan yang menentang mereka.

Post a Comment

8 Comments

  1. Menyampah tengok ArrowHead, suka hati je belasah orang sana sini padahal bercanggah pendapat je pun.

    ReplyDelete
  2. manusia suka berbuat dosa dan tidak takut pulak dengan hukuman ..

    tapi bila hukuman sudah berada di depan mata baharulah mereka sedar.

    memang best juga drama begini...ada mesej tersendiri

    ReplyDelete
  3. suka genre mcm ni..yeayyy bertambah la lagi list haahha

    ReplyDelete
  4. heee Aien try nak tengok. Tapi, tunggu husband habis vicenzo dlu. Eh, betul ke eja nama dia. Haha

    ReplyDelete
  5. Tengah trending juga drama ni. Lain macam Yoo Ah In rambut panjang.

    ReplyDelete
  6. wohh takutnya drama ni. boleh la mama tgk nanti

    ReplyDelete
  7. Tak suka arrowhead.. kejam tak bertempat..

    ReplyDelete