Sinopsis Drama | Mr Bibik (2021)


Drama : Mr Bibik
Produksi : Saphire Screen Sdn Bhd
Pengarah : Mohd Fazli Yahya
Penulis Skrip : Farhana Fauri
Siaran : TV3/iQiYi
Tayangan : 29 Oktober 2021
Masa : Isnin-Khamis | 7.00 Malam
Episod : 20
Durasi : 42 minutes
Pelakon : Saharul Ridzwan, Zara Zya, Raja Afiq, Liza Abdullah, Roy Azman, Norish Karman, Balkisyh Semundur Khan, Wanns Ahmad, Sefik Khair, Syazuwan Hassan, Dayang Areeda, Azhar Amir, Aishah Atan, Watie Sadali

Mr Bibik sebuah drama terbaru yang ditayangkan di Slot Akasia TV3 menggantikan drama Wifi Sebelah Rumah dan Semanis Senyumanmu bermula 29 Oktober 2021. drama arahan Mohd Fazli Yahya ini diadaptasi dari novel Mr Bibik karya Aien Dhiyauddin dan menampilkan gandingan Zara Zya dan Saharul Ridzwan.


Mr Bibik mengisahkan Aulia Izzatunisa (Zaya Zya) seorang wanita bekerjaya yang tidak tahu membuat kerja rumah kerana sudah terbiasa mengharapkan bibik. kebetulan pula kawan baiknya Siti (Balkisyh Semundur Khan) mempunyai syarikat  mencuci, Aulia selalu mengharapkan Siti untuk mencari tukang cuci untuk membersihkan rumahnya.

terkejut Aulia bila Siti tiba-tiba menghantar tukang cuci lelaki bukan perempuan seperti selalu, namun Aulia berpuas hati dengan kerja yang dilakukan oleh Firas Iman (Saharul Ridzwan). kali kedua Firas datang ke situ untuk membuat kerjanya, Firas dan Aulia telah ditangkap basah oleh ayah Aulia iaitu Tuan Halim (Roy Azman) dan tunang Aulia, Mukhriz (Raja Afiq).

untuk menutup malu, Tuan Halim mahu Firas berkahwin dengan Aulia walaupun Aulia sudah bertunang dengan Mukhriz. walaupun tidak rela, Firas dan Aulia menerima jodoh mereka.


Firas sebenarnya baru patah hati selepas tunangnya, Arisya (Dayang Areeda) berkahwin dengan orang lain. padahal Firas sanggup berhenti kerja semata-mata mahu memulakan perniagaan baru bersama Arisya.

Firas kembali semula ke Kuala Lumpur untuk mencuba nasib mendapatkan kerja di syarikat lamanya malangnya tiada kekosongan. kawan baiknya Hud (Wans Ahmad) mencadangkan Firas mendapatkan kerja sebagai tukang cuci di syarikat Siti. Firas setuju dan tidak kisah asalkan dapat mencari rezeki yang halal.

tapi tak menyangka baru sebulan bekerja di situ, Firas terpaksa berdepan masalah sebegini dan dipaksa kahwin oleh Tuan Halim.


Aulia terpaksa bertunang dengan Mukhriz kerana keluarga mereka berkawan baik. namun begitu Aulia tidak berkenan dengan perangai yang seperti terlalu obsess dengan dirinya. Tuan Halim tahu perasaan anaknya tapi dia juga tidak boleh menolak permintaan kawan baiknya yang mahu anak mereka bersatu.

jadi Tuan Halim membuat rancangan tanpa pengetahuan Aulia untuk memerangkap Firas dan Aulia. dengan alasan menutup malu, Tuan Halim dapat memutuskan pertunangan Aulia dan Mukhriz dan seterusnya mengahwinkan anaknya dengan Firas.

Mukhriz tidak berpuas hati apabila melihat Aulia berkahwin dengan Firas. walaupun Aulia sudah menjadi isteri orang, Mukhriz masih tidak mahu berputus asa.


Firas dan Aulia menerima jodoh mereka dan kemudian saling jatuh cinta. Di saat bahagia dengan perkahwinan mereka, Firas mendapat tahu rahsia Tuan Halim yang memerangkap dirinya dan marah pada Aulia kerana merasakan Aulia telah menipu dirinya.

Apakah yang akan berlaku seterusnya? Saksikan kesemuanya dalam Mr Bibik di slot Akasia TV3 setiap isnin hingga jumaat  jam 7 malam. Drama Mr Bibik juga dapat ditonton melalui laman rasmi atau aplikasi iQiyi satu jam selepas siaran tv.

Post a Comment

3 Comments

  1. yeayyy ada dekat iqiyi, boleh tengok nanti hehe dah lama tak layan drama saharul ridzwan

    ReplyDelete
  2. Belum tengok lagi drama ni. Macam best sebab pelakon hebat dan jalan cerita pun menarik.

    ReplyDelete