Sinopsis Drama | Jangan Ganggu Jodohku (2021)


Drama : Jangan Ganggu Jodohku
Produksi : OrangeTree Production
Pengarah : Jamal Khan
Penulis Skrip : Nana Khalil, Adib Zaini, Amin Shakib, Baizura Kahar
Siaran : Astro Ria
Tayangan : 29 November 2021
Episod : 25
Masa : Isnin-Khamis | 10.00 Malam
Pelakon : Shaza Bae, Yusuf Bahrin, Aloy Paradoks, Ameerul Affendi, Noreen Iman, Shah Iskandar, Syafi Tee, Azizah Mahzan, Sabhi Saddhi, Salina Saibi, Ku Fridah

Jangan Ganggu Jodohku sebuah drama serama komedi romantik yang diadaptasi dari novel Jangan Ganggu Jodohku karya Umie Nadzimah mengisahkan Aliza (Shaza Bae) yang diganggu saka keturunan bernama Abu (Aloy Paradoks). setiap kali bercakap soal jodoh atau dipinang mana-mana lelaki, mulalah Aliza berkelakuan pelik seperti dirasuk menyebabkan pihak lelaki membatalkan hasrat mereka.

Imran (Yusuf Bahrin) pula seorang doktor yang berfikiran moden dan tidak pernah percaya dengan cerita hantu walaupun hijab terbuka dan mampu melihat makhluk ghaib. walaupun ada yang mengatakan itu adalah anugerah untuk membantu orang lain tapi Imran lebih percaya dengan ilmu perubatan moden yang dimilikinya.

Suatu hari, Aliza bertemu dan terjatuh hati dengan Doktor Imran namun Imran tidak menyukai gadis itu. Selepas peristiwa Imran diganggu saka Macik Lempeng, Imran mula berubah dan percaya dengan benda mistik. sejak hari itu, Imran mula jatuh cinta dengan Aliza malangnya gadis itu mula berubah dan menolak lamarannya.

Imran tahu Aliza berubah kerana Abu membuat onar supaya mereka tidak bernikah. Berjaya Imran mengubati Aliza daripada penyakit misterinya? Saksikan kesemuanya dalam Jangan Ganggu Jodohku di slot Megadrama Astro Ria.

Post a Comment

2 Comments

  1. Cerita ni best. Baru habis layan episod 1. Menjadi juga gandingan hero heroin.

    ReplyDelete