Drama Thailand | Game of Outlaws (2021)


Title : Game of Outlaws
Director : Nok Chatchai
Network : Channel 3/Netflix
Aired : 28 October 2021
Episodes : 15
Duration : 1 hour 30 minutes
Cast : Mark Prin Suparat, Taew Natapohn, Toon Pimpawee, Top Jaron, Poopy Boonyisa, Nok Chatchai, Beam Sarunyu, Jackie Jacqueline, Khwan Khwanruedi


Game of Outlaws mengisahkan Jane (Taew Natapohn) yang diambil menjadi anak angkat kepada keluarga Lalisa (Toon Pimpawee) selepas ayahnya mati dibunuh. 

Jane dan Lalisa menjadi sangat rapat kebetulan pula mereka sebaya dan kemudiannya sama-sama memasuki SIC (Special Investigation Centre). Jane dan Lisa merupakan polis wanita yang mempunyai prestasi paling cemerlang di situ.


Nont (Mark Prin) merupakan kapten unit risikan, hampir berputus asa dengan kerjanya selepas anak buahnya mati dibunuh dengan kejam di depan matanya. Nont kemudiannya mendapat arahan untuk bekerjasama dengan Jane.

pada mulanya Nont tak bersetuju sebab tak suka dengan attitute Jane yang sukar mengikut arahan tapi tak ada pilihan sebab Jane anggota yang paling sesuai dengan kerja undercover dan berbahaya ini.

kerja mereka adalah mengumpul bukti untuk menangkap sindiket dadah terbesar yang diketuai Sakda. Jane sebenarnya menjadi polis untuk membalas dendam atas kematiannya ayahnya sebab itu juga Jane tak teragak untuk bekerjasama dengan Nont kerana yakin Sakda adalah pembunuh ayahnya.


Dalam masa yang sama berlaku konflik pada Jane dan Lisa. Lisa sudah lama meyimpan perasaan pada Nont merasa cemburu apabila Jane terpilih ke dalam pasukan Nont dan Lisa pula bekerja di bawah kaptain Phongsathorn.

kaptain Phongsathorn selalu melanggar arahan kerana mahu pasukannya mendapat kredit lebih dari Nont. hal ini menyebabkan Phongsathorn dan Lisa digantung tugas kerana melanggar arahan. Lisa tidak puas dan menuduh Jane yang cuba sabotaj dan report kesalahan pasukannya pada pihak atasan.


Konflik juga berlaku dalam kumpulan Sakda apabila bisnes haramnya Sakda selalu diganggu oleh pihak polis. Sakda juga merasakan adik tirinya, Mavin (Top Jaron) juga mahu mengambil alih perniagaan keluarga mereka.

Jane berjaya menyeludup masuk dan bekerja sebagai penyanyi di kelab malam Sakda. nyawa Jane hampir diancam bahaya kerana tindakannya yang terburu-buru, nasib baik Nont berjaya mengelirukan anak buah Sakda.

hubungan Nont dan Jane semakin rapat semasa menyiasat kes tersebut. Adakah Lisa dan Jane dapat menyelesaikan salah faham yang terjadi antara mereka? Adakah Nont berjaya menangkap dalang di sebalik sindiket penyeludupan dadah?

Post a Comment

0 Comments