Review Drama Korea | Police University (2021)


Title : Police University
Director : Yoo Kwan Mo 
Screenwriter : Moon Jung Min
Aired : 9 August 2021 - 5 October 2021
Network : KBS2/VIU
Episodes : 16
Duration : 1 hour 10 minutes
Cast : Jin Young, Cha Tae Hyun, Krystal, Hong Sung Hyun, Lee Jong Hyuk, Seo Ye Hwa, Choo Young Woo, Park Seung Yeon, Choi Woo Sung, Oh Man Seok

Police University mengisahkan Kang Sun Ho (Jin Young) yang memohon police university kerana seorang gadis bernama Oh Kang Hee (Krystal) yang ditemuinya di pertandingan judo.


Kang Sun Ho seorang anak yatim piatu kemudiannya tinggal bersama Yoon Taek II (Oh Man Seok) dan anaknya Yoon Seung Beom (Choi Woo Sung), sejak itu Sun Ho minat dengan komputer sehingga mahir dalam hacking. 

Sun Ho pergi ke pertandingan judo kerana Seong Beom meminta bantuannya untuk confess pada seorang pelajar perempuan tapi waktu itu Sun Ho terjatuh cinta pandang pertama pada Oh Kang Hee.

Oleh sebab itu, Sun Ho memohon Police University bila tahu Oh Kang Hee pun memohon universiti tersebut lagipun dia tak perlu risau tentang yuran universiti dan tak perlu menyusahkan ayah angkatnya.


Suatu hari, Kang Sun Ho dapat tahu ayah angkatnya mempunyai kanser dan memerlukan sejumlah duit untuk rawatan. kerana terdesak, Sun Ho membuat keputusan untuk hack satu illegal gambling site lalu mencuri duit untuk rawatan Yoon Taek II.

malangnya perbuatan tersebut dapat dikesan oleh pihak polis dan Yoo Dong Man (Cha Tae Hyun) adalah detektif yang bertanggungjawab ke atas kes tersebut.

kes tersebut kemudiannya digugurkan oleh Yoo Dong Man apabila Yoon Taek II merayu supaya Kang Sun Ho dilepaskan kerana tak mahu rekod jenayah merosakkan masa depan Kang Sun Ho. Dong Man pula terpaksa menerima hukuman dan berpindah ke unit lain.


Kang Sun Ho akhirnya berjaya memasuki Police University tapi terkejut apabila bertemu semua dengan Yoo Dong Man yang menjadi salah seorang tenaga pengajar di situ. 

Yoo Dong Man merasakan Kang Sun Ho tidak layak menjadi anggota polis kerana kesalahan tersebut lalu melakukan pelbagai cara supaya Sun Ho berhenti dari situ. 

Dong Man berubah fikiran bila tahu yang Kang Sun Ho adalah Hacker Yoon iaitu kawan online dia yang memberi maklumat tentang illegal gambling site yang disiasatnya selama ini. apabila kawan baiknya cedera parah, Dong Man meminta bantuan Kang Sun Ho untuk menyiasat dalang di sebalik kejadian tersebut.


dua episod pertama drama ni sangat menarik, ada beberapa scene yang aku tergelak dan ada yang touching tapi aku decide drop drama ni bila sampai episod 5 sebab jalan ceritanya makin mendatar. kalau drama ni keluar beberapa tahun lepas mungkin nampak fresh tapi idea penulis terlalu klise untuk aku. 

basically Police University mengisahkan kehidupan pelajar, cinta kampus dalam masa yang sama terselit misteri penjahat yang memburu Yoo Dong Man yang mempunyai kaitan kes website perjudian haram yang disiasatnya. Siapa yang suka drama light comedy dan misteri, bolehlah tengok Police University.

Post a Comment

1 Comments

  1. banyk review drama ni dekat twitter.. macam best, nantilah tengok

    ReplyDelete