Review Chinese Drama | Poisoned Love (2020)


Title : Poisoned Love
Director : Gang Cheng
Network : iQiyi
Aired : 24 September 2020
Episodes : 24
Duration : 45 minutes
Cast : Ma Meng Wei, Ao Rui Peng, Luo Zheng, Osborn Ma, Miffy Shi


Poisoned Love mengisahkan Fang Yan (Ma Meng Wei) seorang voice actor yang mempunyai penyakit pelik menghidap sleepwalking apabila berada dalam keadaan terkejut kesan daripada trauma di waktu kecil dahulu. penyakit ini tiada ubatnya dan bila Fang Yan masuk dalam fasa sleepwalking memang langsung tak boleh kejutkan dia selama beberapa jam.

Suatu hari, Fang Yan bertemu dengan Shi Meng (Ao Rui Peng) ketika sleepwalking dan selepas beberapa minit dia terus tersedar. Fang Yan percaya kalau dia dekat dengan lelaki itu, keadaan dia boleh dikawal.

malangnya, Fang Yan tak nampak Shi Meng waktu tersedar dan menyangka yang Shi Yi (Luo Zheng) adalah penyelamatnya.


Shi Meng dan Shi Yi adalah adik beradik tapi hubungan mereka tak berapa baik. Shi Meng penerbit produksi filem mahu rekrut Fang Yan selepas tertarik dengan naratif yang Fang Yan upload di media sosial. Shi Meng rasa yang Fang Yan boleh membantu Shi Yi improve mencipta lirik dan menghasilkan lagu tema terbaik untuk filem terbaru mereka.

pada mulanya Shi Yi salah faham ingatkan Fang Yan peminat dia yang obsess tapi lepas doktor dia beritahu yang penyakit Fang Yan tu memang wujud baru dia percaya dan mahu membantu Fang Yan kalau gadis itu diserang penyakitnya.

Shi Yi mula jatuh cinta pada Fang Yan kemudiannya dia dapat tahu orang boleh selamatkan Fang Yan sebenarnya adalah Shi Meng. Shi Yi sembunyikan fakta tersebut sebab dia tahu yang Shi Meng pun dah mula sukakan Fang Yan.


memula aku decide nak tengok drama ni sebab episode 1 nampak best pastu tersuka pula dengan hero dia dan heroin dia pula tak nampak try hard. pertemuan antara Shi Meng dan Fang Yan nampak natural so aku berharap yang hubungan mereka akan slowly developed bila bekerja sekali.

tapi bila masuk episod 4 dan 5 terus malas nak tengok sebab plot dan jalan cerita tersangat klise dengan chinese drama yang biasa aku tengok. 

lepas tu bila kawan Fang Yan paksa dia cari jalan supaya dapat dekat dengan Shi Yi sebab penyakit nampak macam heroin ni desperate sangat. tahulah penyakit dia takde ubat tapi jangan buat cerita donggeng bila setiap kali heroin tertidur sang putera akan datang menyelamat. kenapa tak cari jalan overcome rasa takut plus orang yang sabotaj Fang Yan asyik guna taktik sama, menyampah betul.

plot yang tak berapa nak make sense bila mak Shi Meng ambil Fang Yan jadi orang gaji anak dia dengan harapan bila duduk serumah, mereka berdua akan jatuh cinta. yang mak pun dah kenapa terlebih sporting sangat. lepas tu second hero pulaa hurm malas la nak membebel panjang..


penyakit Fang Yan disebabkan trauma waktu kena culik dulu yang mana kes ni ada kaitan juga dengan Shi Meng. kecuali part heroin yang ada penyakit sleepwalking yang rare (lupa nama disorder dia ni), tak ada yang fresh pun dengan plot dan jalan cerita, semuanya klise dan mudah diteka.

kalau korang tak kisah dengan jalan cerita dan suka dengan cerita ringan dan romantis,bolehlah tengok drama Poisoned Love. kalau tidak better cari drama lain.

Post a Comment

2 Comments

  1. hensem pulak tengok side profile hero tu hahahaha... tak dan la nak tengok c-drama... k-drama pun tgh repeat drama lama

    ReplyDelete
  2. Tajuk cerita macam best, tapi bila baca review..okay nextttt..haha

    ReplyDelete