Review Drama Korea | My Name (2021)


Title : My Name
Director : Kim Jin Min
Screenwriter : Kim Ba Da
Network : Netflix
Release Date : 15 October 2021
Episode : 8
Duration : 50 minutes
Cast : Han So Hee, Park Hee Soon, Ahn Bo Hyun, Kim Sang Ho, 
Lee Hak Joo, Jang Yool, Yoon Gyung Ho


My Name mengisahkan Yoon Ji Woo (Han So Wee) pelajar sekolah tinggi yang berhenti sekolah selepas tidak tahan dibuli oleh rakan sekelasnya kerana tersebar rumor yang Ji Woo adalah anak tokan dadah.

pada malam hari jadi Ji Woo, bapanya Yoon Dong Hoon (Yoon Gyung Ho) pulang ke rumah untuk menjenguknya tapi dibunuh di depan pintu rumahnya. Ji Woo marah apabila polis menutup kes tersebut tanpa mencari siapa pembunuhnya lalu memilih untuk membalas dendam dengan caranya sendiri.


Yoon Ji Woo join kumpulan kongsi gelap yang diketuai oleh Choi Moo Jin (Park Hee Soon). Choi Moo Jin dan ayah Ji Woo berkawan baik, Moo Jin terima Ji Woo selepas melihat kesungguhan gadis itu untuk membalas dendam pada pembunuh Yoon Dong Hoon.

sepanjang tempoh tersebuh, Yoon Ji Woo berlatih untuk menjadi kuat bersama pelatih kongsi gelap yang lain dalam satu gim. malangnya terjadi satu insiden apabila seorang trainee cuba merogol Ji Woo kerana tidak puas hati selepas kalah dalam pertarungan dengan Ji Woo.


Selepas insiden tersebut, Choi Moo Jin menghukum dan buang pelatih tersebut dari organisasi mereka dan menukar nama Yoon Ji Woo kepada Oh Hye Jin. Moo Jin juga memberitahu Ji Woo yang pembunuh ayahnya sebenarnya anggota polis berdasarkan bukti yang dijumpai Moo Jin.

sejak dari itu, Ji Woo berusaha keras untuk memasuki pasukan polis dan akhirnya berjaya menyertai unit narkotik yang diketuai Cha Gi Ho (Kim Sang Ho) dan menjadi partner Jeon Pil Do (Ahn Bo Hyun).

Yoon Ji Woo semakin hampir dengan pembunuhnya ayahnya, dalam masa yang sama dia menjadi mata-mata Choi Moo Jin. Moo Jin berjanji selagi Ji Woo tidak membelot organisasi, mereka akan terus protect Ji Woo.


plot dan jalan cerita drama ni sangat menarik sebab watak utama dia adalah seorang gadis yang mahu menjadi kuat supaya dapat menjalankan misi membalas dendam pada pembunuh bapanya.

aku berjaya habiskan drama ni dalam satu malam sebab tak sabar nak tahu siapa pembunuhnya. tapi bila kebenaran terbongkar, tak terkejut sangat sebab tekaan aku dari awal memang betul.

sebenarnya kesian juga dengan Yoon Ji Woo sebab terlampau taksub sangat untuk membalas dendam sampai tak sedar ada orang yang mengambil kesempatan pada dirinya dan percaya pada orang yang salah.


overall, lakonan masing-masing sangat mantap terutama sekali Han So Hee, ini juga first time aku tengok dia berlakon tapi dari awal impress betul dengan lakonan dia dari awal sampai akhir. fighting scene juga sangat mantap. kalau yang suka tengok cerita action thriller bolehlah menonton MY Name.

tapi cerita ni tak sesuai untuk yang di bawah umur sebab ada aksi keganasan yang melampau dan penggunaan kata-kata kesat. yang aku tak faham ada pula terselit satu scene asmaradama dalam cerita ni padahal kalau tak ada scene tu pun tak mencacatkan jalan cerita dia.

owh ya satu lagi siapa yang tak kuat tu sila jangan tengok drama ni nanti ada pula menteri yang keluarkan statement banggang salahkan drama korea menjadi punca peningkatan kes bunuh diri. lorh sis ni dari zaman sekolah melayan drama korea elok je hidup..

Post a Comment

3 Comments

  1. Dah habis dah ke? Memang kontra tengok Han So Hee dalam ni dengan Nevertheless tu. Haha Wajib tengok! Menteri tu bangang! Eh. Oupss

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah complete episode keluar..
      tak tengok pula drama dia sebelum ni tapi dalam cite ni memang suka betul dengan acting dia. badass habis..

      Delete
  2. Tengah dalam misi mencari new Korean drama lepas Hometown Cha Cha Cha habis. Tapi yang ni tak sesuai untuk budak2 ye..hurm..next lagi la kot..

    ReplyDelete