Movie Review | Bikers Kental 2 (2019)


Movie : Bikers Kental 2
Produksi : MRB Network, Califworks Studio
Pengarah : Helmi Yusof
Penulis Skrip : Helmi Yusof, Nurul Salajudin
Siaran : Netflix
Tayangan : 14 Mac 2019
Durasi : 94 minit
Pelakon : Zizan Razak, Awie, Afdlin Shauki, Amerul Affendi, Hushairy Hussein, Bront Palarae, Julangtip Sukkasem, Kaew Korravee, Pont Chranium


Bikers Kental 2 merupakan kesinambungan kisah Bidin Al-Zaifa (Zizan Razak) dari filem Bikers Kental (2013) yang jatuh cinta dengan gadis thailand bernama Cherry Pornthit (Julangthip Sukkasem) semasa mengikuti ekspedisi geng motor motosikal ke Thailand.


Dalam Bikers Kental 2, Bidin merancang pergi ke Thailand untuk melamar Cherry dan terpaksa pergi ke sana seorang diri apabila geng moto yang lain sibuk dengan urusan masing-masing.

perjalanan Bidin tak semudah yang disangka apabila dia hampir ditangkap oleh musuh lamanya, Al-Burqerk (Amerul Affendi) sebaik tiba di Thailand. namun, cabaran terbesar Bidin adalah untuk meminta restu daripada abang Cherry, Ananda (Pont Chranium) yang merupakan juara muay thai.


Eddy (Awie) tidak sedap hati apabila Bidin memberitahu dikejar oleh al-Burqerk melalui telefon lalu membuat keputusan untuk pergi ke Thailand bersama Aidid (Afdlin Shauki). dalam masa yg sama mereka juga mempunyai misi menghantar cincin milik Bidin yang tertinggal.


Al-Burqerk semakin terdesak mendapatkan kembali wang yang dicuri oleh Bidin selepas Pornthaliwat (Bront Palarae) mati ditembak oleh Khunna (Hushairy Hussein). Khunna juga mengugut untuk membunuh isteri Al-Burqerk.

lima minit pertama excited juga bila Bront muncul rupanya dia cameo je untuk sekuel kali ini.


dari segi komedi, filem ini cukup kelakar dengan lakonan dan aksi dari pelakon utamanya seperti Zizan Razak, Awie dan Afdlin Shauki tapi ada juga part yang aku kurang berkenan bila ada diselitkan sikit dengan lawak lucah.

malangnya plot dan jalan cerita Bikers Kental 2 agak lemah. jalan ceritanya bagi aku tak ada benda yang fresh, masalah juga bila tak ada flashback sebab jalan cerita Bikers Kental 2 sebenarnya ada relate dengan filem pertama. overall, bolehlah untuk dijadikan hiburan santai.

Post a Comment

9 Comments

  1. tgk movie ni mmg tak kering gusi, ketawa ajee

    ReplyDelete
  2. no wonder sequel ni kurang mendapat sambutan seperti filem pertama




















    ReplyDelete
  3. Yg pertama xpernah tengok lagi ada yg kedua, nanti nak tengok la hihihi

    ReplyDelete
  4. biker kental 1 pun x pernah lg tgk ni... adoi la.. hihihi

    ReplyDelete
  5. Dah tengok cerita ni. Lawak betul! Watak masing masing function :)

    ReplyDelete
  6. yang first lagi syok dari sequel. Tengok pun sebab ada bront tapi kejap la pulak screentime dia haha

    ReplyDelete
  7. Tengok separuh je. Nanti esok nak sambung tengok. Tak sempat nak fokus tengok kalau Naura tak tido lagi. Jadi tak faham dah jalan ceritanya.

    ReplyDelete