Drama | Kanvas (2021)


Drama : Kanvas
Produksi : Nusantara Seni Karya Sdn Bhd
Pengarah : Amirul Fadhli
Penulis Skrip : Sofia J Rhyland
Siaran : RTM TV2
Mula Tayangan : 3 Ogos 2021
Episod : 26
Masa : Isnin-Sabtu | 8.00 Malam
Pelakon : Adam Lee, Ruhanies, Ika Nabella, Yuna Rahim, Eizlan Yusof, Fazlina Ahmad Daud, Emelda Rosemila, Zarynn Min, Shahidan Izwan, Sathisvaran

Kanvas sebuah drama terbaru di TV2 yang diadaptasi dari novel Kanvas karya Ayumi Syafiqah dan akan mula ditayangkan bermula 3 Ogos 2021. Drama bersiri thriller romantik ini diarahkan oleh Amirul Fadhli dan menampilkan lakonan Adam Lee, Ruhainies dan Dato Sri Eizlan Yusof.



Kanvas mengisahkan seorang pelajar kolej bernama Ed (Adam Lee) yang suka menyendiri dan tidak mempunyai kawan di kolej tersebut. Ed gemar melukis komik thriler pembunuhan dan cuba menghantar ke syarikat penerbitan malangny komik Ed ditolak kerana jalan cerita yang lemah dan dikatakan meniru kes pembunuhan yang dilaporkan di berita semasa.

pada mulanya Ed menggangap semua itu kebetulah sehingga dia menyaksikan sendiri peristiwa pergaduhan yang dilukisnya menjadi realiti.  Ed tidak boleh memberitahu tentang kebolehnya tersebut kerana kemungkinan akan dituduh melakukan semua jenayah yang berlaku di dalam komiknya.


kehidupan Kara (Ruhanies) pula sangat berbeza dengan Ed apabila dikelilingi ramai kawan, ada ayah yang penyayang dan teman lelaki yang romantis. namun semuanya berubah apabila Kara menjadi suspek pembunuhan utama kes teman lelakinya.

sejak itu, ramai yang menjauhi dan memandang serong kepada Kara termasuk teman baiknya sendiri. namun hubungan Kara mulai rapat dengan Ed kerana hanya Ed yang pecaya Kara bukan pembunuh. mereka bekerjasama mencari motif dan pembunuh sebenar. sejak itu satu demi satu rahsia tentang keluarga Kara mula terbongkar.


Adakah Ed dan Kara dapat menyelesaikan segala misteri yang berlaku? Tonton kesemuanya dalam Kanvas setiap isnin hingga sabtu jam 8.00 malam di TV2 bermula 3 Ogos 2021.

Post a Comment

2 Comments

  1. Sayangnya drama best tapi jam 8 malam memang wajib tengok berita..

    ReplyDelete
  2. Pelakon best best jugak. Jarang pulak layan TV2 ni. Ed ni macam movie Kore Killer Toon pulak karakter dia.

    ReplyDelete