Movie | J Revolusi (2017)


Tajuk : J Revolusi
Produksi : Grand Brilliance, Infinitus Production
Pengarah : Zulkarnain Azhar
Siaran : Netflix
Tayangan : 2 Mac 2017
Durasi : 93 minit
Pelakon : Zul Ariffin, Fazura, Izara Aishah, Farid Kamil, Iedil Putra, Azad Jazmin, Omar Abdullah, Azri Iskandar, Fatimah Abu Bakar, Hans Isaac, Peter Davis

J Revolusi mengisahkan Jay Zulkarnain (Zul Ariffin) yg merupakan ketua pengawai Unit Tindakan Khas (UTK), pasukannya antara yg terbaik dalam berdepan dengan musuh.


Jay mempunyai misi untuk menyelamatkan kakaknya, Dian (Fazura) yg disangka terkorban dalam misi sebelum ini rupa-rupanya dijadikan tebusan oleh Andra (Farid Kamil) yg merupakan ketua pengganas. Andra membuat tawaran untuk menukarkan Dian dengan Ultra Virus yg dirampas oleh pasukan UTK.

Dalam misi tersebut, Jay terperangkap dengan taktik kotor Andra yg menyebabkan skuad pasukannya terkorban dan Jay pula dituduh sebagai pengkhianat. Jay terpaksa melarikan diri daripada ditangkap pasukan UTK seterusnya menyelamatkan Dian dan membersihkan namanya dengan bantuan Skondeng (Azad Jazmin) dan Eddie (Izara Aishah).


jalan cerita J Revolusi terbahagi kepada dua iaitu tentang Ultra Virus dan juga misi untuk menyelamatkan Dian. bagi aku, kedua jalan cerita ni tak dikembangkan dengan baik since banyak drama dan konflik dalaman Jay.

macam Ultra Virus tak dijelaskan dengan baik kenapa puak pengganas nak sangat benda ni dan apa bahaya dan kesan kalau kena virus tersebut.

walaupun J Revolusi sebuah filem aksi, jalan cerita lebih banyak drama bila Dian dengan bapa mereka yg juga komander UTK ada konflik sebab Dian rasa bapa dia lebih sayangkan Jay.


aku pun jarang  tengok filem melayu tapi actually not bad la jalan cerita dan aksi dalam filem ni walaupun ada beberapa benda yg kena improve macam camera work supaya babak aksi nampak lebih cantik. tertengok movie ni kat Netflix, nak tunggu sequel dia tak tahulah bila nak keluar kat nerflix since J2: JRetribusi baru sahaja release di Disney Hotstar.

Post a Comment

4 Comments

  1. Antaravsrkual pertama dan.kedua jauh juga jarak keluar.

    ReplyDelete
  2. Nk tgk la mcm menarik. Lama dh rupanya movie ni

    ReplyDelete
  3. movie ni pernah tengok literally like 10 mins pertama dan 10 mins akhr... tak ingat sebab apa macam tu hehe

    ReplyDelete
  4. Dah tengok movie ni tapi ingat ingat lupa dah sebab dah lama. Yang J2 je belum tengok lagi. Antara filem aksi yang best.

    ReplyDelete