Movie Review | The 8th Night (2021)


Title : The Eight Night
Country : South Korean
Director : Kim Tae Hyung
Network : Netflix
Release Date : 2 July 2021
Duration : 1 hour 55 minutes
Genre : Horror, Supernatural
Cast : Lee Sung Min, Nam Da Reum, Park Hae Joon, Kim Yoo Jung, Cho Jin Ho, Lee Eol

The 8th Night mengisahkan Proffesor Kim Joon Cheol (Choi Jin Ho) yg begitu taksub dengan legenda Diamond Sutra dan berjaya menjumpai relic yg dikaitkan dengan legenda tersebut. malangnya relic tersebut dikatakan palsu, Prof Kim mahu membuktikan dia tidak menipu telah membangkitkan Red One.


dalam legenda Diamond Sutra, Black One dan Red One dikunci dalam dua bekas berbeza disimpan di dua tempat yg jauh antara satu sama lain. kalau si merah dan hitam ini bergabung nescaya akan berlaku malapetaka kepada dunia.

benda ini akan mengguna 7 nyawa manusia sebagai stepping stone untuk bertemu Black One dan perlu dihapuskan sebelum malam ke lapan.


Sami Ha Jeong (Lee Eol) yg merupakan penjaga Black One sedar yg Red One telah bangkit dan perlu dihapuskan sebelum malam kelapan. tapi Sami Ha Jeong dah uzur dan sebelum meninggal dunia sempat tinggalkan amanat pada Chung Seok (Nam Da Reum) untuk mencari Park Jin Soo (Lee Sung Min).

Park Jin Soo pengganti Sami Ha Jeong dan bila Chung Seok datang cari dia dan sampaikan amanat tok sami, Jin Soo tahu yg dia tak boleh lari daripada tanggungjawab untuk menghapuskan kejahatan tersebut. Jin Soo perlu mencari dan membunuh dukun wanita yg dipercayai menjadi stepping stone terakhir kepada Red One.


Kim Ho Tae (Park Hae Joon) pula detektif yg menyiasat kes pembunuhan yg mana setiap mayat ditemui dalam keadaan  aneh. pembantu dia ada suruh cari tok bomoh untuk tolong kes ni tapi Ho Tae dengan segala benda mistik ni semua.

sampailah Ho Tae bertemu dengan Park Jin Soo yg tiba-tiba muncul di tempat pembunuhan, dia syak yg Jin Soo ada kaitan dengan kes pembunuhan yg berlaku di kawasan tersebut.


sejujurnya aku tak berapa faham storyline movie ni tapi sebab dah start tengok cubalah habiskan juga. plot twist menarik tapi tak faham dengan watak Aeran (Kim Yoo Jung) sebab misteri sangat. 

Black One tu hilang waktu Chung Seok bawa nak bagi kat Park Jin Soo tiba-tiba muncul balik lepas Ae Ran menghilang. ada juga tunjuk yg Aeran ni ada kaitan juga dengan Red One. ntahlah tak tahulah apa kaitan Aeran dengan dua benda ni.


overall, plot dan jalan cerita movie ni bagi aku ok la tapi tak gempak sangat, nak kata seram pun tak sangat. yg menarik sebab barisan pelakon dalam movie ni memang best dengan lakonan masing-masing yg mantap.

Post a Comment

4 Comments

  1. nampak kat netflix tapi takot nak tgk

    ReplyDelete
  2. filem yang dinantikan. Terlupa dah ditayangkan 2 Julai. Boleh tengok nanti. Suka cerita seram ni.

    ReplyDelete
  3. genre mistik mcm ni kurang sikit...tapi melibatkan penyiasatan akan jadi menarik..

    ReplyDelete
  4. kalau x tgk betul2 mmg tak faham.

    ReplyDelete