Drama | Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin (2017)

Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin

Drama : Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin
Produksi : Country & Universal Sdn Bhd
Pengarah : Nizam Zakaria
Penulis Skrip : Sofia J Rhyland
Siaran : TV3
Tayangan : 10 Julai 2017
Pelakon : Raysha Rizrose, Idris Khan, Azrel Ismail, Aprena Manrose, Zera Hariz, Zain Hamid, Sheila Mambo, Zulkifli Ismail, Raja Shahiran, Daim Jailani

Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin adalah drama yg ditayangkan semula pada hari sabtu dan ahad, jam 7.00 malam bermula jun 2021.

tak pasti kat tv dah sampai episode berapa. ada la tengok sikit drama ni kat youtube, episode awal tu macam menarik juga tapi kena tengok dengan speed laju, kalau tidak macam sendu nak habiskan satu episode.


Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin sebuah drama adaptasi novel karya Umi Syidah mengisahkan Yuhanis (Raysha Rizrose) yg mengikat tali pertunangan dengan abang angkat, Saiful Nizam (Azrel Ismail) tapi sehari sebelum majlis mereka berlangsung, Nizam memberitahu tak dapat meneruskan pernikahan tersebut melalui telefon.

Hani merupakan anak angkat keluarga Nizam dan tinggal dengan mereka selepas ibunya meninggal dunia. Nizam mahu mengikat tali pertunangan dengan Hani sebelum menyambung pelajaran ke luar negara dan berjanji akan berkahwin sebaik dia tamat pengajiannya.

Puan Azimah (Sheila Mambo) buntu bila Nizam tiba-tiba mahu membatalkan pernikahan padahal segala persiapan sudah siap lalu meminta bantuan anak sulungnya, Saiful Mizan (Idris Khan) untuk menggantikan tempat adiknya.


Mizan pada mula tak setuju untuk berkahwin sebab pernah berkahwin tapi perkahwinannya tak kekal lama apabila bekas isterinya curang. sejak itu, Mizan serik untuk bercinta dan tidak percayakan wanita.

puas juga Hani merayu kepada Mizan untuk mengahwininya dan terpaksa menebalkan muka sebab tak mahu melihat kedua ibu bapa mereka bersedih. akhirnya Mizan bersetuju juga dengan bersyarat sebab dia tak menganggap perkahwinan tersebut hanya untuk sementara waktu.

sebaik tamat majlis perkahwinan Yuhanis dan Mizan, Nizam sekali lagi membuat kejutan pulang ke rumah dengan membawa isterinya, Shila (Zera Haris) yg telah dikahwininya lima bulan yg lalu dan sedang hamil.


perkahwinan Hani dan Mizan pada mulanya sangat dingin dan lebih banyak buat hal masing-masing apabila mereka tinggal serumah. Mizan kemudianya mula jatuh hati  dengan layanan dan peribadi Hani dan hubungan mereka bertambah baik.

konflik berlaku apabila Nizam dapat tahu yg Shila bukan mengandung anaknya dan marah bila tahu Shila perangkap dirinya untuk dijadikan pak sanggup. Nizam melarikan diri dari rumah dan tidak mahu menjenguk isterinya yg bersalin walaupun puas Puan Azimah memujuknya pulang.

masalah rumah tangga Nizam dan Shila juga turut mengheret Hani kerana Puan Azimah meminta tolong Hani memujuk Nizam pulang ke rumah. Shila pula telah salah faham dan mengesyaki Hani mahu merampas suaminya apabila dapat tahu yg Hani sebenarnya adalah tunang Nizam.


Mizan tak dapat menerima hakikat Hani kini bahagia dengan abangnya dan dia mahu mengambil kembali haknya. semasa bekerja di chalet milik rakanya, Mizan bertemu semula dengan bekas kakak iparnya, Suraya (Aprena Rose).

walaupun hubungan mereka sebelum ini tidak baik, Mizan mahu Suraya menganggu rumah tangga Hani dan Mizan dan buat mereka berdua berpisah.

Mampu Hani dan Mizan mempertahankan rumahtangga mereka apabila banyak rintangan yg menimpa mereka? semuanya dalam Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin. Episode penuh drama Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin boleh ditonton di youtube rasmi Drama Sangat Official.

Lagu Tema/OST: Dayang Nurfaizah - Separuh Mati Ku Bercinta

Post a Comment

6 Comments

  1. Tu la berulang kali citer ni...
    Tapi still layan lagi ahaah sebab dl tgk mcm skip2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah banyak kali ke ulang? tak perasan pula sebelum ni..hahaha

      Delete
  2. kalau dapat pasangan yang curang ni memang susah nak buka hati balik. Nasib baik lah Hani memang pasangan yang baik. Rezeki dapat jodoh baik2

    ReplyDelete
  3. Layan juga drama ni...sebab Raisha tu comel..

    ReplyDelete
  4. Layan cerita ni dulu sampai habis. Mula mula Raysha terjebak dalam lakonan.

    ReplyDelete
  5. tak terlayan dh drama-drama melayu hehe... nk tengok dekat utube pun asyik bukak benda lain aje

    ReplyDelete