Jangan Padam Rindu (TV2) | Sinopsis Drama

Jangan Padam RinduJangan Padam Rindu (TV2) | Sinopsis Drama

Drama : Jangan Padam Rindu
Produksi : Suhan Movies & Trading
Pengarah : Raja Ahmad Alauddin
Siaran : TV2
Tayangan : 13 Julai 2021
Episod : 20
Lagu Tema/OST : Sufian Suhaimi - Terasa Ada
Pelakon : Emma Maembong, Keith Foo, Mustaqim Bahadon, Isyiriana, Nasrul Nassar, Arash Mohd, Catriona Ross, Kuna Muzani, Nina Nadira, Hilman Aleef

Jangan Padam Rindu sebuah drama adaptasi novel karya Rina Farizq dan pernah ditayangkan di saluran TV Okey pada tahun 2018. Drama arahan Raja Ahmad Alauddin ditayangkan semula di RTM TV2 setiap hari isnin hingga jumaat jam 1.30 tengah hari.


Jangan Padam Rindu mengisahkan Akid Fauzan (Keith Foo) yg pulang ke Malaysia kerana permintaan ibunya selain ayahnya yg meminta Fauzan menggantikan tempat abangnya yg meninggal dunia bagi membantu syarikat mereka.

Fauzan bertemu dengan Elliana (Emma Maembong) kerana menguruskan projek yg melibatkan syarikat mereka. Elliana tidak selesa bila tahu projek tersebut diambil alih oleh Fauzan tapi dia tiada pilihan bila terpaksa menuruti arahan majikannya.

Mereka selalu bercanggah pendapat dalam soal kerja dan sikap Elliana yg selalu mengelak daripada berrjumpa juga menyebabkan Fauzan memberi amaran tentang tingkah laku Elliana. nak tak nak Elliana terpaksa juga bersikap professional supaya projek tersebut dapat disiapkan dalam masa yg ditetapkan.

Jangan Padam Rindu (TV2) | Sinopsis Drama

Sejak pertama kali pertama bertemu, Fauzan sudah tertarik dengan Elliana dan cuba mendekati gadis tersebut. Elliana pula malas memikirkan soal jodoh tapi sikap Fauzan yg caring dan prihatin terhadap dirinya membuatkan hatinya mula jatuh hati pada Fauzan.

Fauzan tertekan apabila ibunya tak habis mendesaknya untuk mengahwini Hani, bekas kakak iparnya sedangkan hatinya sudah terpaut pada Elliana. dalam masa yg sama Syam (Nasrul Nassar) yg merupakan musuh ketat Fauzan cuba bersaing mendapatkan Elliana.

Bagaimanakah kesudahkan kisah cinta Fauzan dan Elliana?

Post a Comment

6 Comments