Movie Review | Syif Malam Raya (2020)


Tajuk : Syif Malam Raya
Produksi : Ray Theme Sdn Bhd
Pengarah : A Razak Mohaideen
Siaran : Astro First
Tayangan : 24 Mei 2020
Durasi : 97 minit
Pelakon : Atu Zero, Sharif Zero, Reen Rahim, Saiful Apek, Nadia Brian, Azlee Senario, Ropie, Syahmi Sazly, Asif Suhaimi, Yoe Parey

Syif Malam Raya mengisahkan Mira (Reen Rahim) yg mahu pulang beraya ke kampung dengan adiknya Yoh (Yoe Parey) tapi tiket bas mereka pula hilang. Zaid (Atu Zero) dan Hisyam (Sharif Zero) menawarkan diri untuk menghantar mereka pulang ke kampung pada malam raya.


Zaid dan Hisyam bekerja sebagai pemandu van jenazah, pada malam raya cuti mereka dibatalkan kerana perlu menghantar jenazah ke Ipoh. terpaksalah mereka menumpangkan Mira dan Yoh dan juga menghantar sekali jenazah tersebut.

dalam perjalanan macam-macam masalah yang berlaku apabila van mereka rosak di tengah kawasan sunyi dan juga jenazah yg mereka bawa tiba-tiba hilang.


Syif Malam Raya terbahagi kepada dua jalan cerita apabila satu lagi kisah penduduk kampung yg bekerjasama melakukan persiapan untuk menyambut hari raya pada malam raya.

mereka dikejutkan dengan peristiwa kubur berasap, Tok Said (Azlee Senario) membawa Asif yg dirasuk berjumpa Pak Mid Bomoh (Ropie) untuk berubat.


waktu filem ni keluar di Astro First tahun lepas ramai juga yg cakap best tapi tak terasa nak langgan bila tengok trailer macam hambar sangat. bila dapat tengok kat tv, layan je lah tapi stress pula tengok bila semua benda dalam filem ni serba tak kena. 

satu kisah tentang jenazah hilang, satu lagi kisah tentang kubur berasap bila dua kisah ni bergabung macam tak masuk sebab tak nampak apa connection antara dua cerita ni. bagi aku elemen seram dan komedi langsung tak menjadi.

walaupun ada pelawak senior seperti Saiful Apek, Azlee Senario dan Ropie tapi tak banyak membantu menghidupkan elemen komedi bila plot lemah dan skrip pun hambar. Syif Malam Raya ni sepatutnya dijadikan sekadar telemovie sahaja.

Post a Comment

0 Comments