Movie Review | No Mercy (2019)


Movie : No Mercy
Country : South Korea
Director : Im Gyeong Taek
Screenwriter : Kim Min, Im Gyeong Taek
Release Date : 1 January 2019
Duration : 93 minutes
Network : Netflix
Cast : Lee Si Young, Park Se Wan, Lee Joon Hyuk, Choi Jin Ho, Kim Won Hae

No Mercy mengisahkan Park In Hae (Lee Si Young) yg bekerja sebagai bodyguard kemudiannya dipenjarakan selama dua tahun selepas menyerang seorang ahli politik kerana merogol adiknya, Park Eun Hye (Park Se-Wan).


Park In Hae yg selama ini bekerja keras menjaga adiknya yg mempunyai disability selepas ibu bapa mereka meninggal dunia. Eun Hye gembira bila kakak dia pulang semula ke rumah siap beli dress dan heel untuk sambut kepulangan In Hae. 

keesokan harinya Eun Hye menghilangkan diri dan langsung tak dapat dihubungi. In Hae mula risau dan mencari adiknya di sekolah tapi cikgu sekolah malah polis langsung macam tak kisah dengan kehilangan adiknya.

Park In Hae mula mencari dan menyiasat apa sebenarnya yg berlaku kepada adiknya bila tahu adiknya dibuli di sekolah dan terlibat dalam aktiviti pelacuran.


jalan cerita No Mercy sangat simple kisah kakak yg mencari adiknya yg hilang. tapi bukan senang juga Park In Hae nak jumpa bila adiknya kena jual dari satu pihak ke satu pihak dan benda yg menyakitkan hati bila dia tahu apa yg semua orang ni dah buat kat adiknya.

filem No Mercy menunjukkan sisi gelap dalam masyarakat, bagaimana lelaki ni semua mengambil kesempatan atas kekurangan Eun Hye. memang patut pun kena belasah dengan In Hae.


tertarik nak tengok movie sebab ada Lee Si Young,  walaupun dah biasa tengok dia berlakon dalam filem aksi sebelum tapi still impress bila tengok dia berlawan dengan dress dan heel tu. kalau kita mau terpelecok kaki nak tiru stunt dia..haha

vibe No Mecy macam filem Wonbin, The Man From Nowhere bezanya watak utama dalam movie ni adalah wanita yg membalas dendam untuk adiknya. siapa yg suka tengok filem aksi bolehlah layan movie ni.

Post a Comment

3 Comments

  1. Ok nanti boleh layan kat Netflix. Thanks sharing

    ReplyDelete
  2. ntah bila la boleh nak melayan citer2 lagi.. jarang sgt dpt tengok movie skrang walaupun netflix.

    ReplyDelete
  3. Best film ni. Sesuai sangat Lee Si Young pegang watak ni sebab dia boxer. Puas hati kakaknya dapat balas dendam mereka yang rosakkan adik dia.

    ReplyDelete