Movie | Dato S (2019)


Tajuk : Dato S
Pengarah : Shahrol Esham
Idea Asal : Nabil Ahmad
Siaran : Astro First
Tayangan : 24 Oktober 2019
Durasi : 1 jam 20 minit
Pelakon : Kamal Adli, Zulin Aziz, Fikry Ibrahim, Puteri Aishah

Dato S mengisahkan Sazali (Kamal Adli) yg melakukan kegiatan menipu mangsa dengan mengunakan modus operasi seperti skim cepat kaya, pertandingan gores dan menang, pakej ibadah korban dan banyak lagi.


Selepas berkahwin, isteri Sazali awal lagi dah bagi warning jangan buat kerja lama atau dia bawa lari anak mereka balik kampung. Sazali merasakan hidupnya yg bekerja sebagai office boy tak lagi mencabar dan bosan.

Perkenalan dengan Dato KM sewaktu meneman boss dia ke sebuah majlis membuatkan Sazali memulakan semula aktiviti penipuan dengan menggunakan gelaran Dato S.

Siapa sangka bisnes pelaburan Dato S kini mendapat sambutan dan dijemput mengadakan seminar di seluruh negara. hasil kemewahan tersebut menyebabkan Sazali semakin hanyut dengan keseronokan duniawi.


melayan movie ni sebab ada Kamal Adli, menarik juga dialog dan jalan cerita tentang kaki scammer. Nabil Ahmad antara penulis skrip untuk Dato S patut macam tak hairan dialog dalam movie ni ada vibe lawak Nabil.

permulaan movie ni best dengan kisah Sazali menipu orang dari kecil sampai ke besar tapi bila masuk pertengahan, jalan cerita dia dah makin bosan. sebabnya the whole story tentang Sazali yg menipu dan terus menipu, watak lain yg ada dalam ni langsung tak dikembangkan.

kalau kembang plot bagaimana Sazali bertemu dengan isterinya mungkin lagi menarik sebab tertanya juga macamana isteri dia boleh terima Sazali sebagai suami kalau dah tahu laki dia kaki scammer. lakonan Zulin Aziz sebagai isteri Sazali memang best walaupun scene dia tak banyak sangat.


aku tak ingat nama watak diorang dalam cite ni tapi watak Puteri Aishah dan Fikry Ibrahim pada awalnya nampak macam nak menumpang kekayaan tapi nak bagi twist kat penghujung siapa mereka sebenarnya, bagi aku kurang menjadi. Fikry nampak juga something tapi watak Puteri Aishah macam tak ada function sebab tak nampak macam dia nak spy atau kumpul maklumat ke apa.
 
overall, idea tentang scammer tu menarik tapi plot agak lemah dan dragging. tapi nak bagi credit juga pada pelakon extra dalam movie, ramai kot extra dia dan mostnya memang tak kenal tapi lakonan diorang memang spontan dan natural.

Post a Comment

4 Comments

  1. tak pernah tengok lagi.. nanti boleh la cari.. minat jugak kamal ni masa dia bujang dulu.. ehhh..

    ReplyDelete
  2. tak minat pulak kamal adli ni. hehehe

    ReplyDelete
  3. Tahniah! Anda pemenang Giveaway Raya 2021 - Duit Raya by Bola Katok.

    https://bolakatok.blogspot.com/2021/06/tahniah-senarai-pemenang-giveaway-raya.html

    ReplyDelete
  4. Ohh cerita lama. Tak tahu pulak kewujudan movie ni.

    ReplyDelete