Drama : Hatimu Sedingin Salju
Produksi : Orangetree Production
Pengarah : Bahri Uma
Penulis Skrip : Shida Zali, Mia Marziah, Ema Shamsuri, Azril Hamzah
Siaran : TV3
Mula Tayangan : 24 Jun 2021
Episod : 28
Masa : Isnin-Jumaat | 7.00 Malam
Pelakon : Hisyam Hamid, Aprena Manrose, Hafeez Mikail, Bella Dowanna, Fadlan Hazim, Mustapha Kamal, Maria Farida, Rahim Jailani, Zila Bakarin, Scha Eliana

Drama Hatimu Sedingin Salju akan ditayangkan di Slot Akasia TV3 bermula 24 Jun 2021 menggantikan drama Masih Ada Rindu. drama arahan Bahri Uma dan dibintangi barisan pelakon terkenal seperti Hisyam Hamid, Aprena Manrose, Hafeez Mikail dan Bella Dowana.


Hatimu Sedingin Salju mengisahkan Rania (Aprena Manrose) yg akan melangsungkan perkahwinan dengan Haikal (Fadlan Hazim). namun Haikal tidak muncul pada hari pernikahan mereka dan langsung tak dapat dihubungi.

Rania kecewa dan tak dapat menerima apabila Haikal memberitahu yg hubungan mereka satu kesilapan padahal mereka tidak mempunyai sebarang masalah sebelum ini. lagi mengecewakan apabila Rania ternampak Haikal keluar dengan wanita lain.

Arman (Hisyam Hamid) selalu sibuk dengan kerja dan langsung tidak memikirkan soal mencari pasangan. Datin Mimi (Maria Farida) terdengar perbualan Arman dengan kawannya yg menyebut nama Rania, junior Arman ketika di zaman kolej dulu.


Datin Mimi yg risau dengan anaknya yg masih tidak berkahwin mula menyiasat dan meminta bantuan anak bongsunya, Nabil (Hafeez Mikail) untuk menyiasat tentang gadis bernama Rania memandangkan Nabil pernah belajar satu kolej dengan Arman dulu.

Nabil mengetahui yg Arman pernah rapat dengan Rania melalui maklumat yg dia dapat dari kawan lamanya tapi pelik juga kenapa abang dia tak couple dengan Rania waktu itu. Nabil yakin abangnya menyimpan perasaan pada Rania.

Datin Mimi menyusun rancangan untuk menyatukan Arman dengan Rania dan yakin pilihannya kali ini adalah tepat untuk Arman. Datin Mimi mula berkenalan rapat dengan ibu Rania untuk menjalankan misinya.


Syena (Bella Dowana) selaku kawan baik tidak mahu Rania terus-terusan bersedih lalu mengajak Rania pergi bercuti ke Langkawi. Arman pula terpaksa mengikut Nabil yg mahu mengambil angin di Langkawi dan terjadilah pertemuan semula antara Rania dan Arman.

walaupun hati Rania masih kecewa tapi dengan kehadiran Arman, Rania cuba melupakan kisah lalunya dan melalui percutian yg menyeronokkan bersama mereka. secara tak langsung Rania juga makin rapat dengan Arman.

namun begitu, Nabil juga dalam diam juga menaruh perasaan pada Rania dan cemburu melihat hubungan Rania dan Arman yg makin rapat.


Adakah cinta Arman dan Rania akan bersatu dan Datin Mimi berjaya dalam misinya untuk melihat Arman bahagia? Saksikan kesemuannya dalam Hatimu Sedingin Salju di slot Akasia TV3 setiap hari isnin hingga jumaat jam 7.00 malam. 

Drama Hatimu Sedingin Salju juga boleh ditonton online di laman web atau aplikasi iQiyi secara percuma 24 jam selepas waktu siaran tv.

Lagu Tema/OST : Sarah Suhairi - Andaikan

Tonton Online : Drama Hatimu Sedingin Salju (iQiyi)