Drama | Derita Untuk Bahagia (2021)


Drama : Derita Untuk Bahagia
Produksi : MIG Production
Pengarah : EJump Mohd
Siaran : Astro Prima
Mula Tayangan : 7 Jun 2021
Episod : 30
Masa : Isnin-Jumaat | 6.00 Petang
Pelakon : Azar Azmi, Amar Baharin, Hafreez Adam, Dayang Areeda, Marisa Yasmin, Riezman Khuzaimi, Jasmin Hamid, Dian P.Ramlee, Hilal Azman, Zarina Zainuddin

Derita Untuk Bahagia drama terbaru di slot Tiara Astro Prima menggantikan drama Hati Yang Dikhianati yg terpaksa ditangguhkan tayangannya kerana penggambaran terhenti akibat Perintah Kawalan Pengerakan PKP3.0.


Derita Untuk Bahagia sebuah drama bertemakan kekeluargaan, percintaan dan persahabatan mengisahkan Alisha (Azar Azmi) yg rajin membantu ibunya berniaga namun kehidupan Alisha sukar dengan bapanya yg gemar berjudi dan selalu memukul ibunya jika tidak mendapat duit. 

Suatu hari, Alisha dikejutkan yg dia hanyalah anak angkat dan ibunya menyuruh Alisha mencari keluarga kandungnya.


Perkahwinan Maria (Marisa Yasmin) dan Salleh (Riezman Khuzairi) tidak direstui Tuan Jalal dan Puan Zaiton yg merasakan Maria tak setaraf dengan keluarga mereka. walaupun begitu kehidupan mereka bahagia dengan seorang cahaya mata dan perniagaan mereka bertambah maju.

sehinggalah suatu hari Maria mendapat tahu yg suaminya telah berkahwin dengan Lina (Jasmin Hamid). Salleh cuba menerangkan yg dia diperangkap tapi Maria tidak percaya menyebabkan mereka bergaduh dan kemalangan. apabila tersedar, Maria dapat tahu yg Salleh telah meninggal dunia.



Alisha dan Intan (Dayang Areeda) berkawan baik selepas Intan terhutang budi apabila Alisha menyelamatkanya daripada diragut. pada masa yg sama Alisha berkenalan dengan Danial (Amar Baharin) dan Raif (Hafreez Adam). Danial mula jatuh cinta pada Alisha sejak pertama kali mereka bertemu.

Berjayakah Alisha mencari keluarga kandungnya? tonton semuanya dalam Derita Untuk Bahagia yg ditayangkan di slot Tiara Astro Prima setiap isnin hingga jumaat jam 6 petang bermula 7 Jun 2021.

Lagu Tema/OST: Khai Bahar - Bangkit Semula

Post a Comment

8 Comments

  1. banyak konflik nmpak jln cerita dia ^_^

    ReplyDelete
  2. drama pukul 7 sentiasa mencentuskan kontroversi haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. drama astro pukul 6 selalu pasal anak hilang tak pun kes tertukar anak..haha

      Delete
  3. oh wow, banyaknya dia punya watak dan cerita... macam cerita berlainan pun ada jugak hahaha

    ReplyDelete
  4. Belum sempat layan lagi. Kalau best nak drama marathon.

    ReplyDelete