Movie Review | Ali & Ratu Ratu Queens (2021)


Title : Ali & Ratu Ratu Queens
Country : Indonesia
Director : Lucky Kuswandi
Screenwriter : Gina S.Noer
Network : Netflix
Release Date : 17 Jun 2021
Duration : 100 minutes
Cast : Iqbaal Ramadhan, Nirina Zubir, Asri Welas, Tika Panggabean, Happy Salma, Marissa Anita, Aurora Ribero, Bayu Skak, Cut Mini Theo, Ibnu Jamil

Ali & Ratu Ratu Queens mengisahkan Ali (Iqbal Ramadhan) seorang remaja berusia 17 tahun yg pergi ke New York kerana mahu mencari ibu kandungnya yg meninggalkannya sejak kecil.


Ali dibesarkan oleh ayahnya dan setelah ayahnya meninggal, Ali tinggal dengan Bude Suci (Cut Mini Theo). sewaktu mengemas barang-barang ayahnya, Ali terjumpa surat dan tiket flight yg pernah dikirim oleh ibunya dan buat dia tekad ke sana mencari ibunya.

peracangkan Ali yg mahu ke New York tak dapat persetujuan sanak saudara di Indonesia sebab takut Ali terpengaruh dengan budaya sana. tapi bila Ali dah nekad urus semua benda dan cari duit terpaksalah Bude Suci merelakan pemergian Ali ke New York.


Ali tak ada maklumat terkini mengenai ibunya dan bila cari di alamat lamanya, ibunya telah berpindah dari situ. Ali bertemu dengan geng wanita Indonesia, Ratu Ratu Queen yg telah lama menetap di situ iaitu Party (Nirina Zubir), Biyah (Asri Welas), Ance (Tika Panggabean) dan Chinta (Happy Salma).

Ali menyewa bilik di rumah mereka dan Party dengan yg lain berjanji akan membantu Ali mencari ibunya yg telah lama terpisah. dalam masa beberapa hari, mereka dapat mengesan tempat tinggal ibu Ali.


Ali tak sabar mahu bertemu dengan ibunya tapi sebaliknya yg berlaku apabila Mia (Marissa Anita) terkejut dan tak dapat menerima kehadiran Ali yg datang dari jauh.

Ali sangat sedih dengan sambutan dingin ibunya, adakah Ali akan balik terus ke Indonesia atau tinggal di New York untuk mendapat penjelasan daripada Mia.


Ali & Ratu Ratu Queens sebenarnya tentang perjalanan Ali untuk mencari ibunya dalam masa yg sama terjalin satu hubungan baru yg rapat dengan orang yg baru dikenalinya. filem ini banyak drama dan emosi banyak turun naik bila moment Ali dengan Mia.

tapi bila part macik-macik Ratu Ratu Queen ni memang tergelak je dengan dialog dan perangai mereka berempat. walaupun baru bertemu tapi mereka dah jadi macam keluarga Ali yg banyak membantu Ali ketika susah dan senang.

overall, plot Ali & Ratu Ratu Queens sangat simple tapi mesej yg cuba disampaikan sangat menarik. barisan pelakonya mantap dan muzik latar juga best, kena dengan mood dalam movie ni.

Post a Comment

9 Comments

  1. baru tengok citer ni tadi..best. .suka jalan cerita die

    ReplyDelete
  2. Ada nmpk dh kat netflix tp lom smpt tgk lagi.. Baca jln cite cam menarik plk.. Ok jap2 lg bole layan 😁

    ReplyDelete
  3. menarik...boleh masuk list ni..

    ReplyDelete
  4. belum tengok lagi. mungkin malam nanti boleh tengok

    ReplyDelete
  5. ok..macam best..nanti nak tengok

    ReplyDelete
  6. laaaa si Iqbal ke? Lain benar muka dia haha

    ReplyDelete
  7. Mesti banyak cabaran dan dugaan nak pergi cari maknya di New York dalam usia muda tu.

    ReplyDelete