Drama | Scammer (2021)


Drama : Scammer
Produksi : Radius One
Pengarah : Norhanisham Muhammad
Penulis Skrip : Skywalker Hashim, Amin Shakib, Azril Hamzah, Shida Zali
Siaran : Astro Ria
Mula Tayangan : 24 Mei 2021
Episod : 
Masa : Isnin-Khamis | 11.00 Malam
Pelakon : Kamal Adli, Siti Saleha, Fasha Sandha, Arash Mohamad, Jay Iswazir, Didie Alias, Hasnul Rahmat, Muaz Fitri, Brian Chan, Wan Raja, Amanda Misbun

Scammer mengisahkan Joe (Kamal Adli) yg sudah bekerja di bank hampir 9 tahun namun masih berpeluang untuk dinaikkan pangkat. kewangan Joe masih belum stabil dengan Nisa (Fasha Sandha) yg sarat mengandung, Joe memerlukan duit yg lebih sebagai persiapan menyambut bayi sulung mereka.

Nisa sebenarnya tak kisah pun dengan kehidupan mereka tapi Razman (Arash Mohamad) awal lagi dah warning kat Joe untuk sediakan rumah dan kehidupan yg lebih baik untuk anak dan cucunya yg bakal dilahirkan kelak.


Joe dapat tugasan untuk menyiapkan report sistem firewall terbaru dari Malik (Tony Eusoff) yg merupakan supervisor Joe dengan harapan Malik akan membantunya dalam sesi temuduga kenaikan pangkat nanti.

semasa membuat tugasan tersebut, Joe dapat detect error pada sistem tersebut yg mana pelanggan boleh hilang duit dalam jumlah yg kecil tanpa mereka sedari. walaupun jumlah kecil akan mendatang masalah pada pihak bank.

Malik tak boleh terima bila Joe bagitahu ada kelemahan dalam sistem firewall terbaru mereka dan suruh Joe diamkan perkara tersebut.


kalau dapat supervisor macam Malik ni rasa nak maki je lah, waktu sesi temuduga langsung tak support anak buah depan bos besar malah boleh pula kritik Joe langsung tak ada improvement padahal siapa yg tolong kau buat kerja tu.

paling kesian apabila Joe dijadikan kambing hitam oleh Malik untuk menutup kesilapan sendiri lalu Joe dibuang kerja  atas kesalahan pecah amanah dengan memasukkan duit ke dalam akaunnya.


Joe makin tertekan tak dapat nak cari kerja baru disebabkan ada rekod buruk di tempat kerja lama. Suatu hari, Joe bertemu dengan kawan kolej dia dulu iaitu Amy (Siti Saleha) yg menawarkan kerja dengan gaji tiga kali ganda dari gajinya dulu.

pelik juga Joe bila Amy tak kisah dengan rekod buruknya malah Amy cakap kerja dia pun sebenarnya banyak membantu orang susah tapi tak diberitahu pula sampai Joe pun curious apa kerja Amy sebenarnya.


masih terlalu awal nak teka jalan ceritanya tapi bagi aku konsep drama jenayah yg dibawa oleh Scammer agak menarik dan satu percubaan yg baik daripada Radius One untuk keluar daripada drama cinta yg biasa mereka terbitkan.

sebenarnya aku harapkan lebih banyak babak-babak aksi ntah maybe baru episod 1 kot maybe sis tak boleh letak expectation yg tinggi sangat macam tengok drama korea dengan genre yg sama.

stress pula bila tengok Amy tinggal kereta tepi jalan nak lari daripada penjahat, setakat lari tepi bangunan memang sekejaplah kena kepung. adoyai maybe kurang bajet kot nak buat aksi kejar mengejar guna kereta.


first episod lebih kepada pengenalan macam mana Joe boleh terjebak dengan scammer. tak tahulah apa target dan modus operasi sebenar yg Amy buat. 

nak tahu kena tonton episod seterusnya dalam Scammer setiap isnin hingga khamis jam 11 malam di Astro Ria atau Astro Go. episod 1 boleh juga ditonton di saluran youtube rasmi Astro Gempak.

Post a Comment

12 Comments

  1. wowwww mcm menarik baca jalan citer dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nape la byk sgt citer baru2 n best kat astro ni hahaha

      Delete
    2. drama best pun waktu siaran selalu tak kena

      Delete
  2. kenapa tak lari ke balai polis je dgn kereta tu ! geram plakkk scene mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia pun buat kerja jahat mana boleh report polis..haha

      Delete
  3. okay, sounds veeeeeery promising... harapnya turn out okay la. su nk tunggu semua episode dulu baru layan hehe

    ReplyDelete
  4. Dah 2 episod dah tapi tak tengok lagi. Nak tengok lakonan siti saleha yang lain sikit.

    ReplyDelete
  5. Alamak mcm tak dpt tgk drama ni huhu. Pelakon best2. Nanti email details

    https://ciksukataip.blogspot.com/2021/05/senarai-pemenang-express-kad-raya-ga-20.html?m=0

    ReplyDelete
  6. haritu ada nampak trailer dekat IG Kamal Adli. Nampak macam syok. Ingatkan movie rupanya drama. Ada Fasha pulak tu. Nak tengokkkk

    ReplyDelete
  7. kesian juga dgn nasib joe tu

    ReplyDelete
  8. macam best jalan ceritanya... boleh difollow

    ReplyDelete
  9. Ada nampak iklan menari2 tp tak tgk lg

    ReplyDelete