Review Drama Korea | Missing: The Other Side (2020)

Missing: The Other Side (2020) | Review Drama Korea

Title : Missing: The Other Side
Director : Min Yeon Hong
Screenwriter : Ban Ki Ri, Jung So Young
Network : OCN
Aired : 29 Aug 2020 - 11 Oct 2020
Episodes : 12
Duration : 70 minutes
Cast : Go Soo, Heo Joon Ho, Ahn So Hee, Ha Joon, Song Geon Hee, Seo Eun Soo, Kang Mal Geum, Lee Joo Won, Jang Kyung Su, Ji Dae Han, Kim Jae Cheol

Missing The Other Side mengisahkan Kim Wook (Go Soo) yg secara tak sengaja menjadi saksi penculikan seorang gadis malangnya Wook kemalangan selepas dikejar penjahat kerana mereka perasan Wook merakamkan kejadian tersebut.

Selepas kemalangan tersebut, hidup Wook macam perlarian apabila penjahat gigih mengejar sampailah suatu hari Wook diselamatkan oleh Jang Pan Seok (Heo Joon Ho) yg tinggal seorang diri di dalam hutan dan terjumpa sebuah kampung di tengah hutan.


Pacik Jang awal lagi dah bagi warning suruh dia keluar dari kawasan tersebut tapi Wook ni jenis suka menolong orang dalam kesusahan so dia tak boleh ignore dengan seorang budak yg bernama Haneul yg dia jumpa di situ.

Wook dapat tahu yg nama Haneul berada dalam senarai orang hilang dan segera melaporkan kepada pihak polis yg dia terjumpa Haneul kat situ. malangnya pihak polis tak percaya dan kata Wook gila sebab dalam hutan tu mana orang tinggal.


stress betul Wook ni bila polis tak percaya cakap kat dia, yg pelik kenapa polis tak nampak apa yg dia nampak. misteri sangat tu.. Wook kemudiannya dapat tahu pekampungan tersebut sebenarnya untuk roh yg jasad mereka tidak ditemui malah mereka sendiri tak tahu bila, di mana dan bagaimana mereka mati.

ramai juga roh yg wook jumpa disitu seperti Thomas, Choi Yeona, Kim Hyunmi, Detective Park, Jangmi, Beom Soo dan ramai lagi. Wook berazam untuk menolong mencari jasad mereka supaya mereka dapat pergi dengan tenang.


Heo Joon Ho sebelum ini pernah bawa watak pembunuh bersiri, dia punyai aura tu sangat kuat sampai aku ingatkan dia jadi pembunuh juga dalam drama ni rupanya tidak, watak dia dalam ni actually baik.
 
Jang Pan Seok juga ada keistimewaan macam Kim Wook bila dia dapat melihat perkampungan tersebut dan membantu roh tersebut mencari jasad mereka yg hilang.

Pacik Jang dah 10 tahun tinggal dalam hutan tersebut, mula-mula tertanya juga motif dia rupannya Pacik ni mencari anaknya yg hilang 10 tahun yg lalu walaupun tak tahu anak dia masih hidup atau tidak. scene pacik Jang ni banyak juga yg sedih bila tengok macamana gigih dia berusaha mencari anaknya.


drama bermula dengan kes penculikan Choi Yeo Na, pembunuhan Jang Myung Gyu dan kawan baik Wook iaitu Kam Nan Guk. Detektif Shin Joon Hoo (Ha Joon) menemui bukti yg mengaitkan tiga kes ni saling berkait tapi tak tahu apa motif penjenayah.

misi Detektif Shin sekarang adalah untuk mencari Choi Yeo Na yg juga merupakan tunangnya. pencariannya menemui jalan buntu apabila tidak menemui sebarang klu sehingga Wook datang untuk membantu sebab dia sendiri yg menyaksikan Choi Yeo Na diculik tapi Wook tak sampai hati nak beritahu pada Dektektif Shin yg tunangnya sudah mati dibunuh.

Missing: The Other Side (2020) | Review Drama Korea

plot drama ni sangat menarik sebab kat penghujung drama baru nampak yg semua kes ni saling berkaitan. puncanya disebabkan ketamakan manusia sehingga orang tak bersalah dijadikan mangsanya.

drama Missing juga banyak highlight mengenai kehilangan, ada yg kehilangan tu terlalu perit nak diterima tapi ada juga yg something good tapi nak lalui setiap kehilangan dan perpisahan tu sangat menyedihkan.

watak dalam drama ni mostly sangat menarik  sebab takde watak yg annoying kecuali orang jahat la..hehe. gandingan Goo So dan Heo Joon Ho memang menjadi, comel dan kelakar tengok interaction antara diorang sekejap bergaduh sekejap rapat macam bapa dan anak tapi misi mereka hanyalah satu iaitu untuk merungkai misteri jasad mereka yg hilang.

Post a Comment

13 Comments

  1. Best citer ni walaupun baru tgk beberapa episod :)

    ReplyDelete
  2. banyak kali lalu lalaang kat VIU kita..
    ada terbaca gak sinopsis dia tp masih belum terasa nak layan drama ni..
    insyallah bila dah xde sangat drama nk tgk, maybe bole layan yg ini heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. drama ni tak panjang sgt, plot dia pun menarik juga :)

      Delete
  3. Best cerita ni. Suka cerita penyiasatan. Boleh lah layan kat Viu nanti :)

    ReplyDelete
  4. horror thriller la ni. sedihnya kalau roh kita stuck dekat tempat macam ni. tak tahu macam mana mati.

    ReplyDelete
  5. menarik..citer penyiasatan..ada nampak di viu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau suka penyiasatan bolehlah layan drama ni

      Delete
  6. best cerita ni iena tengok gak tp ade jugak yg tertinggal episod :D

    ReplyDelete
  7. waa citer macam ni buat mama tertarik ni ad lemen mistik

    ReplyDelete
  8. Nampak best tp kena tgk dlm viu pulak huhu

    ReplyDelete