Drama | Hari Kita Jatuh Cinta (2021)


Drama : Hari Kita Jatuh Cinta
Produksi : Zeel Production
Pengarah : Rahim Zali
Penulis Skrip : Syed Mohamad Taufik
Siaran : Awesome TV
Mula Tayangan : 17 Mei 2021
Episod : 18
Masa : Isnin-Rabu | 9.00 Malam
Pelakon : Azlee Khairi, Intan Ladyana, Gambit Saifullah, Oktovia Manrose, Natasha Charmine, Azza Elite, Mas Anizan, Lydiawati, Zainol Macwilson, Shah Khan

Hari Kita Jatuh Cinta sebuah drama adaptasi novel karya Shera Zulghafar mengisahkan Yusof Farhan (Azlee Khairi) yg jatuh cinta pada Mariam Sophia (Intan Ladyana) sejak kali pertama bertemu dan menolong gadis itu.

Farhan mahu menjalinkan hubungan yg lebih serius dengan Mariam selepas beberapa kali mereka bertemu. Mariam pula masih teragak-agak untuk bercinta semula selepas kecewa dengan kekasih lamanya dulu.


melihat kesungguhan Farhan, Mariam bersetuju untuk bertemu dengan emak dan ahli keluarga Farhan yg lain tapi Mariam pula terkejut apabila bertemu dengan Firhad (Gambit Saifullah), adik Farhan yg dahulunya merupakan teman lelaki Mariam.

hubungan Farhan dan Firhad tak baik selepas Firhad berkahwin dengan Julia (Oktovia Manrose). Julia ni sebenarnya kekasih Farhan, entah kenapa boleh pula tinggalkan Farhan dan kahwin dengan Firhad.


perkahwinan Firhad dan Julia tidak bahagia, walaupun Julia cuba ambil berat dan sayang dia tapi Firhad tahu Julia masih tak boleh lupakan Farhan sebab tu Firhad lebih suka menghabiskan waktu dengan kekasih gelapnya.

adakah Mariam boleh menerima Farhan selepas tahu lelaki itu adalah abang kepada bekas kekasihnya. tonton episod seterusnya dalam Hari Kita Jatuh Cinta di Awesome TV saluran Astro 123 atau MyTV 112 setiap isnin hingga rabu jam 9.00 malam.

Lagu Tema/OST : Siti Nurhaliza - Kuasa Cintamu

Post a Comment

2 Comments

  1. Gandingan pelakon yang jarang berlakon sama. Ada masa boleh layan online nanti. Tq share :)

    ReplyDelete
  2. Ya ampun lama betul tak layan drama..

    ReplyDelete