Drama | Yang Bakal Mati Ramadan Ini (2021)


Drama : Yang Bakal Mati Ramadan Ini
Produksi : Pencil Pictures & Record
Pengarah : Eoon Shuhaini
Penulis Skrip : Puovin Sandera, Tommy Loh
Siaran : Awesome TV
Mula Tayangan : 12 April 2021
Episod : 22
Masa : Isnin-Jumaat | 10 Malam
Pelakon : Nasir Bilal Khan, Liza Abdullah, Jaja Iliyes, Keith Foo, Beego, Bella Astillah, Nazeera Sardi, Amar Asyraf, Noreen Iman, Isaac Iman


Yang Bakal Mati Ramadan Ini mengisahkan Pak Daus (Nasir Bilal Khan) yg merupakan seorang bomoh telah mendapat mimpi tentang kematian yg akan berlaku kepada keluarganya.

Pak Daus tidak mahu menceritakan hal mimpi tersebut kepada isterinya sehingga Mak  Bibah (Liza Abdullah) risau dan cuba menelefon anak-anaknya selepas melihat tidur suaminya selalu terganggu kerana hal tersebut.

Pak Daus dan Mak Bibah mempunyai tiga orang anak iaitu Hasnul (Beego), Natrah (Nazeera Sardi) dan Alana (Jaja Iliyes) yg kesemuanya menetap di Kuala Lumpur dan sibuk dengan urusan masing-masing.


Hasnul, anak sulung Pak Daus merupakan seorang pensyarah dan tidak suka dengan pekerjaan ayahnya dan menganggap semua itu tahyul. selepas video Pak Daus viral di youtube, Hasnul marah dan malu bila hal tersebut menjadi bualan pelajar-pelajarnya.

Zalia (Bella Astillah) sebagai isteri menegur kelakuan Hasnul yg selalu mengelak menjawab panggilan Mak Bibah. selain itu, Zalia cuba membantu menjernihkan hubungan Natrah dan Amli tetapi niat baiknya ditegur Hasnul kerana tidak mahu Zalia mencampur urusan rumah tangga adiknya.


Natrah dan Amli (Amar Asyraf) selalu bergaduh kerana ego masing-masing. Natrah terlalu sibuk dengan bisnes salonnya sampai tiada masa untuk keluarga dan Amri pula rasa tergugat kerana tidak mempunyai pendapat tetap.

hubungan rapat antara Amli dan Alana juga menyebabkan Natrah cemburu sebab sebelum mereka berkahwin pun, Natrah tahu yang Amli telah lama berkawan baik dengan adiknya.


Alana pula telah menjadi pembantu peribadi kepada Mikhail (Keith Foo), banyak arahan pelik daripada boss barunya sehingga Alana annoying dengan perangai Mikhail. kerana salah faham, Alana berhenti kerja dan terus pulang ke kampung.

sebaik Alana pulang, Mak Bibah menceritakan tentang kelakuan aneh Pak Daus dan bila bercakap sendiri dengan bapanya baru Alana perasan yg bapanya seperti tahu-tahu tentang kejadian buruk yg menimpa Natrah. Alana yg bimbang segera menelefon Hasnul dan menyuruhnya pulang tapi ada sahaja alasan dari Hasnul.

Apakah kesudahannya, tonton semuanya dalam Yang Bakal Mati Ramadan Ini di Awesome TV saluran Astro 123 atau MyTV 112 mulai 12 April 2021 setiap isnin hingga jumaat jam 10 malam atau tonton secara online di laman web rasmi Awesome TV.

Post a Comment

10 Comments

  1. Tajuk dia menarik.. Jalan cerita pun not bad..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup jalan cerita dia agak menarik juga tapi slow sikit cite ni sebab banyak sangat subplot

      Delete
  2. saya suka drama ni sebab takde cliche berebut laki and mak mertua toxic. cuma watak keith foo tu annoying. macam stalker pun ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul la..pelakon dia semua best. suka tengok Jaja dgn Keith Foo tapi itulah macam annoying pula watak Keith Foo dalam cite ni..

      Delete
  3. Baru tengok suku episod 1. Tak habis tengok lagi. Ceritanya bagus ada pengajarannnya.

    ReplyDelete
  4. tgk tajuk je pun dah terasa macam2.. menarik ni pelakon pun power2

    ReplyDelete
  5. skali pandang poster, i tot cupcake aisyah yg berlakon

    ReplyDelete
  6. Jalan cerita menarik jugak. Nasir bilal khan kalau jd bapa menjadi betul wataknya

    ReplyDelete