Title : Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini
Country : Indonesia
Director : Angga Dwimas Sasongko
Screenwriter : Jenny Jusuf, Angga Dwimas Sasongko, Melarissa Sjarief
Duration : 121 minutes
Release Date : 2 January 2020
Network : Netflix
Cast : Rachel Amanda, Rio Dewanto, Sheila Dara Aisha, Donny Damara, Susan Bachtiar, Ardhito Pramono, Agla Artalidia, Oka Antara, Niken Anjani
Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini diadaptasi dari novel berjudul sama ditulis oleh Marchella FP dan pernah ditayangkan di Astro First Malaysia sebelum ditayangkan di Netflix mulai 23 Mei 2020.
Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini mengisahkan keluarga Narendra (Donny Damara) dan Ajeng (Susan Bachtiar) yg luarannya nampak seperti sebuah keluarga bahagia tapi tersimpan satu rahsia antara mereka.
Mereka mempunyai tiga orang anak iaitu Angkasa (Rio Dewanto), Aurora (Sheila Dara Aisha) dan Awan (Rachel Amanda). Narendra jadi overprotective dengan keluarganya kerana trauma dengan peristiwa masa lalu dan meletakkan beban yg besar buat Angkasa untuk menjaga adik-adiknya terutama sekali Awan.
Awan rasa rimas dengan perhatian yg berlebihan, Aurora pula rasa terpinggir dan Angkara tertekan dengan beban yg terpaksa digalas sejak kecil.
perkenalan Awan dengan Kale (Ardhito Pramono) membawa Awan melihat dunia dari sudut membeza dan merasa pengalaman baru. Narendra tak senang melihat Awan banyak melepak dengan Kale dan merasakan Kale dah bawa pengaruh buruk pada anaknya.
bila Awan berubah dah tentu benda ni effect satu keluarga. Angkasa dipersalahkan sebab tak jaga Awan dengan baik. Aurora ada pameran solo yg penting buat dirinya tapi Narendra lebih sibuk fikirkan masalah Awan sampai rosakkan hari penting Aurora.
filem ni banyak main antara masa kini dan peristiwa masa lalu buat kita penasaran juga nak tahu apa rahsia yg tersimpan sampai Narendra jadi overprotective dengan Awan.
Narendra bertindak untuk menyembunyikan rahsia tersebut bila melihat isterinya bersedih dan terganggu dengan peristiwa tersebut. Angkasa yg tahu hal tersebut tidak pernah diberi penjelasan tapi disuruh berdiam diri.
masalah utama mereka sebenarnya kurang komunikasi dan banyak pendam perasaan bila terpaksa turut semua kemahuan ayah mereka. bila bertahun pendam perasaan dah tentu masing-masing ada konflik dalaman masing-masing, tunggu masa je nak meletup.
sebenarnya rahsia tersebut bukan isu besar pun kalau Narendra berterus terang dengan anak-anaknya tapi tak tahulah apa yg difikirkan. mungkin trauma melihat emosi Ajeng yg tak stabil ketika itu, jadi Narendra pilih untuk sembunyikan semua kesedihan dan mahu melihat keluarganya sentiasa bahagia dan gembira.
filem Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini banyak tekankan tentang kegagalan, tak semua kemahuan kita akan terjadi seperti yg kita harapkan. Narendra sebagai ketua keluarga bukan seorang yg sempurna, sentiasa melakukan kesilapan tapi dia berusaha untuk pastikan keluarganya bahagia.
11 Comments
geram je bila tahu rahsia keluarga tu sebab tak besar mana pun tapi tindakan Narendra yang buat keluarga dia jadi bermasalah. Kesian Angkasa dari kecik sampai besar kena marah
ReplyDeletecara Narendra handle rahsia tu yg tak kena, tak pasal jadi barah dalam keluarga padahal tak besar mana rahsia tu. geram juga..haha
Deletenama2 anak diorg ni unik... obssion of galaksi ke ?
ReplyDeletetak tahulah. i terfikir juga kalau ada anak sorang lagi diorang nak letak nama apa pula..haha
DeleteMacam menarik jalan cerita berkisarkan family ni. Nanti nak tengok jugalah bila ada masa :)
ReplyDeletemenarik juga kisah dia :)
DeleteKeyword dia komunikasikan Tiara.. Patutnya maslaah boleh dihandle dengan cara lebih baik bukannya jadikan masalah tu sebagai barah dalam keluarga.. Nice story..
ReplyDeletekomunikasi tu penting. kalau semua benda bapa dia nak decide, tak pernah nak dengar kemahuan anak memang parah jadinya..
Deleteoo cerita kekeluargaan best gak ni
ReplyDeletelamanya tak tengok movie indon, rindu! bookmark dulu, nanti tengok!
ReplyDeletemacam berat je tema cerita ni..hehe..ada masa nanti, boleh cuba tengok lah :)
ReplyDelete