Menunggu Hujan Teduh (TV2) | Sinopsis Telefilem

Menunggu Hujan Teduh (TV2) | Sinopsis Telefilem

Telefilem : Menunggu Hujan Teduh
Pengarah : Azma Aizal Yusof
Siaran : TV2
Tayangan Asal : 5 April 2016
Pelakon : Zaidi Omar, Fatimah Abu Bakar, Azhan Rani, Zarynn Min, Nadia Aqilah, Sherry Alhadad

Sinopsis Telefilem Menunggu Hujan Teduh

Dinobatkan sebagai Telefilem Terbaik Anugerah Tribute P. Ramlee 2014, Menunggu Hujan Teduh mengisahkan Rahman dan Habibah sering keluar berisar-siar, lagak pula seperti pasangan sedang bercinta, waima ke masjid sekalipun, mereka seolah tidak langsung berenggang.

Rahman sentiasa sibuk bekerja untuk menyara anak-anak manakala Habibah pula membantu melakukan kerja rumah dan menguruskan anak-anak sehingga mereka tidak pernah melalui detik-detik bercinta bersama.

Sehinggalah anak-anak mereka telah berkahwin dan mempunyai kehidupan sendiri barulah Rahmah dan Habibah dapat meluangkan masa berdua bersama-sama. Banyak keinginan Rahman yang ingin dilakukan saat muda dahulu cuba dilakukan semula seperti menunggang vespa bersama isterinya lagak seperti pasangan muda bercinta.

Namun gelagat romantis Rahman dan Habibah tidak disenangi oleh orang kampung dan anak-anaknya. Hisyam dan Maizura mendesak ibu bapa mereka tidak mengulangi lagi perbuatan tersebut kerana malu kepada orang kampung.

Rahman terkilan dengan anak-anaknya tapi Habibah menyokong tindakan suaminya kerana tahu Rahman banyak berkorban masa mudanya kerana tanggungjawabnya pada keluarga.

Post a Comment

0 Comments