Review Drama | Camelia (TV3)

Review Drama | Camelia (TV3)

Drama : Camelia
Produksi : Saphire Screen Sdn Bhd
Pengarah : Eoon Shuhaini
Penulis Skrip : Azlina Pawan
Slot : Samarinda TV3
Tayangan : 16 Januari 2020
Episod : 15
Pelakon : Diana Danielle, Ain Endruce, Saharul Ridzwan, Hafidz Roshdi, Lisdawati, Zarina Zinuddin, Aidil Aziz, Mak Engku, Nik Ramli, Ainina Ahmad, Puteri Balqis, Nur Qistina Raisah

Camelia ni drama ulangan di slot Samarinda TV3 menggantikan Aku Yang Kau Gelar Isteri. best pula melayan drama Camelia ni. daripada nak tengok satu episod boleh pula maraton sampai episod akhir. menarik juga kisah pasal split personality.

Camelia mengisahkan pasangan Halim dan Zainab yg mempunyai dua orang anak perempuan iaitu Mariam (Diana Danielle) dan Marina (Ain Endruce). Halim mengambil Malik (Saharul Ridzwan) sebagai anak angkat selepas kawan baiknya meninggal dunia.


Tok Su tak suka dengan menantunya sebab Halim bukan orang senang, kerja pun setakat buat kerja kampung. tapi Tok Su sayang sangat dengan Marina, segala kemahuan Marina sampai budak ni naik lemak, bila besar makin melampau pula perangai Marina. 

Mariam pula selalu dimarahi Tok Su, katanya Mariam tak cantik dan tak pandai. Mariam berjaya dapat keputusan yg cemerlang dalam SPM, waktu ni baru Tok Su sedar dengan khilafnya dan cuba berlaku adil pada cucu-cucunya dengan membeli Mariam rantai emas sebagai hadiah. 

dah tentu Marina tak suka bila lihat perubahan positif Tok pada kakaknya lepas tu orang kampung tak habis memuji pencapaian Mariam. pendek cakap Marina memang tak boleh tengok Mariam dapat lebih perhatian daripada dirinya.


melayan drama ni memang menyirap la dengan Marina yg sangat pentingkan diri sendiri, langsung tak ada hati perut nak tepis orang yg cuba halang jalannya. Malik yg tahu rahsia dia, tak pasal kena belasah sampai koma lepas tu boleh pula buat cerita Malik nak rogol dia.

lepas tu boleh pula reka cerita terlanjur sampai Tok Su meninggal semata-mata nak kahwin dengan Leman sebab nak keluar dari rumah tu. part paling sadis, sanggup burukkan keluarga sendiri untuk raih simpati Puan Aina (Zarina Zainuddin) dan Dr Azman (Hafidz Roshdi).


permulaan drama ni banyak fokus pada kejahatan Marina, Mariam pula lebih banyak mengalah sebab malas nak gaduh. sebab tu tertanya-tanya juga macam mana Mariam boleh ada split personality (DID).

boleh dikatakan Marina adalah pencetusnya identiti Camelia dan benda yg buat Mariam trigger tu mungkin disebabkan kematian ibu bapa mereka yg terkilan dengan perangai buruk Marina. 

so untuk melindungi dirinya sendiri daripada terus terluka, Mariam cipta identiti baru yg kuat iaitu Camelia untuk membalas segala kejahatan Marina. masalahnya bila Camelia semakin obsess dengan dendamnya terhadap Marina dan bertindak cuba menguasai diri Mariam sepenuhnya.


paling kesian dalam drama Camelia ni dah tentu lelaki yg kena tipu hidup-hidup dengan Marina. walaupun Marina spm tak lepas tapi otak menipu dia berfungsi dengan baik. daripada Leman yg miskin terus dapat Dr Azman yg kaya.

tapi yang bodohnya buka butik boleh pula buat skandal dengan pembantu kedai sendiri, lepas tu kena tipu balik dengan lelaki. gitulah hidup Marina yg tak ada keberkatan.

Review Drama | Camelia (TV3)

dalam Camelia nak cakap air yg dicincang tak akan putus sebab tu jahat macam mana Marina, Mak Su (Lisdawati) dan Malik cuba nak satukan mereka balik. tapi aku memang tak berkenan sangat idea Malik sebab jahat Marina tu sampai sanggup nak bunuh orang sepatutnya go to hell je Marina ni.

bila muncul Camelia barulah buku bertemu ruas. Camelia tak teragak-agak nak berdepan dengan Marina dan balas setiap kejahatan Marina. bila Camelia tahu yg Marina ada hati dengan Malik, dia langsung tak teragak nak terima lamaran Malik sebab nak tengok Marina sakit hati.

cuma geram juga Malik agak lambat nak sedar tentang keadaan Mariam yg mempunyai split personality. walaupun Mak Su ada beritahu terjumpa bukti Mariam ada bertemu pakar psikiatri tapi Malik tak ambil serius sangat hal tersebut.

Review Drama | Camelia (TV3)

walaupun ada flaw tapi sebenarnya jalan cerita Camelia sangat menarik sebab bawa isu mengenai kesihatan mental seperti depression dan split personality yg tak sepatutnya dipandang remeh. bak kata Malik, Mariam tu kuat. iye memang Mariam kuat tapi kalau bertahun terpaksa telan segala ketidakadilan yg berlaku tak mustahil perkara macam ni boleh berlaku.

banyak juga pengajaran dalam drama ni terutama sekali tentang didikan anak dan kasih sayang keluarga. menangis juga aku layan drama bila tengok betapa tegarnya Marina tengok mak bapa kau menangis depan kau.

Post a Comment

12 Comments

  1. Suka drama ni sebab berkaitan dengan split personality..

    ReplyDelete
  2. tgk gak sikit aritu... belum dapat tgk dengan concentrate lagi...
    nanti mgu depan nk kena tgk btul2 ni hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok je kat youtube, i malas nak tengok kat tv sebab banyak iklan..hehe

      Delete
  3. datuk farid kamil ditarik, so Diana boleh kekal kan Datin?

    ReplyDelete
    Replies
    1. drama ni tayang tahun lepas sebab tu kot kat poster still ada title datin.

      Delete
  4. Drama ulangan ni ..sempat tgk sebelum ni smpai habis episode

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pernah tengok pun drama ni dulu, sekali bila tengok terjebak pula..haha

      Delete
  5. Drama ni best dah tengok. Ulangan ni tengok sikit sikit juga. best gak tengok ulangan :)

    ReplyDelete
  6. Hari itu ada tertengok Ain Edruce berlakon drama ini. Lakonan Ain mmg best kak. Diana Danielle pula as usual one of the best actress in Malaysia. Drama Camelia ini mmg best kak.

    ReplyDelete
  7. Suka drama ini.. Jalan cerita mengenai split personality tu ohsem.. Geram je nengokkan perangai si Marina tu..

    ReplyDelete