Pujaan Hati Kanda (TV3) | Sinopsis Drama

Pujaan Hati Kanda (TV3) | Sinopsis Drama

Drama : Pujaan Hati Kanda
Produksi : Mache All Star United Sdn Bhd
Pengarah : Eoon Shuhaini
Penulis Skrip : Intan Zarina
Slot : Akasia TV3
Mula Tayangan : 20 Deisember 2018
Episod : 28
Masa : Isnin-Jumaat | 7.00 Malam
Pelakon : Remy Ishak, Mira Filzah, Sarah Hildebrand, Syazwan Zulkifly, Elisya Sandha, Reen Rahim, Mustaqim Badadon, Ayden Mikail, Dian P Ramlee, Aida Khaleeda

Pujaan Hati Kanda sebuah drama adaptasi novel Pujaan Hati Kanda yg ditulis oleh Aulia Iman kini akan ditayangkan di slot Akasia menggantikan drama Rahimah Tanpa Rahim. 

Drama Pujaan Hati Kanda dibintangi oleh Remy Ishak, Mira Filzah dan Syazwan Zulkifly akan mula bersiaran kembali pada 3 Mac 2021 setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam.


Pujaan Hati Kanda mengisahkan Megat Danny (Remy Ishak) yg sibuk membuat persiapan perkahwinan bersama Nandine (Sarah Hildebrand), seorang model muslimah terkenal. hubungan mereka direstui datuk dan nenek Danny dan datuk danny berhasrat menjadikan Danny pewaris perniagaan keluarga.

Pada hari perkahwinan, mereka dikejutkan dengan kehadiran bayi lelaki yg kononnya milik Danny. disebabkan Danny ada sejarah playboy dulu, ramai yg pandang serong pada Danny di majlis tersebut dengan kehadiran tetamu yg tak diundang.

Nadine malu dan tak mahu teruskan perkahwinan tersebut selagi Danny tak dapat berikan jawapan siapa ibu bapa bayi tersebut dan jelaskan kenapa mereka merosak hari pernikahan tersebut. 

Pujaan Hati Kanda (TV3) | Sinopsis Drama

Danny terpaksa menjaga bayi tersebut yg dipanggil Baby Iqy, seterusnya mencari ibu bapa Iqy bagi membersihkan nama keluarganya yg tercemar gara-gara perkahwinannya yg terbatal.

Danny terpaksa mencari pengasuh buat Iqy kerana kesibukan bekerja dan tiada pengalaman untuk menjaga bayi. kebetulan pula Tiara (Mira Filzah) dan Reena (Elisya Sandha) baru behenti kerja dari kafe, Danny terus buat tawaran kepada mereka dengan gaji yg lumayan.

Danny cuma memberitahu mereka yg dia memegang amanah menjaga Iqy dari kawannya yg bekerja di luar negara. Danny sendiri tidak pasti sampai bila tempoh yg diperlukan Tiara dan Reena untuk menjaga Iqy.


Hubungan Tiara dan Danny semakin rapat, Danny juga selalu membawa Tiara dan Iqy keluar bersiar-siar. Hal tersebut tak disenangi Pali (Syazwan Zulkifly) yg merupakan teman sekampung Tiara juga rapat dengan abang Tiara.

Pali menggunakan alasan memegang amanah untuk menjaga Tiara di bandar. perangai Pali yg terlalu obsess tersebut membuat Tiara rimas dan bengang bila Pali membuat cerita tidak elok tentang kerjanya sebagai pengasuh dan hubungannya dengan Danny sehingga menyebabkan ibu Tiara di kampung merasa risau.

Pujaan Hati Kanda (TV3) | Sinopsis Drama

Nadine tiba-tiba merayu kembali untuk perbaiki semula hubungannya dengan Danny tapi Danny dah tawar hati lagi-lagi bila nampak sendiri layanan buruk Nadine pada Iqy. Danny dah jatuh hati pada Tiara, masalah timbul bila abang Tiara menerima pinangan daripada keluarga Pali. 

adakah Danny tegar melihat Tiara berkahwin dengan orang lain sedangkan dia tahu perangai buruk Pali kepada Tiara? Apakah yg berlaku bila Danny dapat menjejaki keluarga kandung Iqy dan apakah motif sebenar mereka? nantikan semuanya dalam Pujaan Hati Kanda di slot akasia TV3.

Post a Comment

16 Comments

  1. Dulu masa awal tayangan meriah jugak kan cerita ni, tak berkesempatan tengok lagi

    ReplyDelete
  2. Tak pernah tengok cerita ni even though ramai yang suggest masa mula2 tayang dulu.

    ReplyDelete
  3. Suka tengok cerita ni. Best! Gandingan hero dan heroin yang okay :)

    ReplyDelete
  4. Ulang lagi... Dah beli tv, mcm bosan pulak tak ada cerita best. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak buat macam mana banyak drama tak habis shoot sebab pkp. sabar je la aien..hahaha

      Delete
  5. rasa mcm ada tgk dah ulangan dia thn lps ke 2 thn lps eh? ni kluar lagi ke? hehehe...byk permintaan ke drama ni...

    ReplyDelete
  6. Saya dah tgok ni smpai habis , best juga cerita dia 😊

    ReplyDelete
  7. suka tgk remy, tapi tula kalau dah start tgk drama melekat dah..tak buat keje lain dah haha

    ReplyDelete
  8. Tak pernah tgk lah! boleh cari drama ni nanti :)

    ReplyDelete
  9. Suka watak kakak kepada Tiara tu.. sha tak layan drama ini tapi MIL dengan anak-anak Sha layan drama ni.. Mereka suka tengok Remy Ishak.. hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun layan drama ni sebab ada remy ishak..haha

      Delete
  10. pernah baca novelnya itu yg malas nak tengok drama... tapi remy la pulak herooo aduhaii

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah baca novel memang malas nak tengok drama..hahaha

      Delete