Review Drama Korea | The Uncanny Counter (2020)


Title : The Uncanny Counter
Director : Yoo Seon Dong
Screenwriter : Yeo Ji Na, Jung Do Yoon, Kim Sae Bom
Network : OCN
Aired : 28 November 2020 - 24 January 2020
Episodes : 16
Duration : 70 minutes
Cast : Jo Byung Kyoo, Yu Jun Sang, Kim Se Jeong,  Yeom Hye Ran,
Ahn Suk Kwan, Lee Hong Nae, Choi Yoon Young, Moon Sook

The Uncanny Counter mengisahkan Counter yg menjadi manusia terpilih untuk menangkap dan menghapuskan roh jahat yg berkeliaran di atas bumi dan mengembalikan roh jahat tersebut ke alam yg abadi.

Drama Korea | The Uncanny Counter (2020)

So Mun (Jo Byung Kyoo) seorang pelajar sekolah yang tinggal dengan datuk dan neneknya. Kaki So Mun tempang disebabkan kemalangan jalan raya yang meragut nyawa ibu dan ayahnya.

Suatu hari, So Mun telah terpilih oleh Wi Gen untuk memiliki kuasa istimewa yang membolehkannya menghapuskan roh jahat yang ada di bumi. bukan itu sahaja, kaki So Mun juga dapat dipulihkan dengan kuasa Chu Mae Ok.

So Mun belajar banyak kejahatan yg berlaku angkara roh jahat yg berleluasa dan juga tentang rahsia Yung yg menjadi tempat di antara dunia dan alam seterusnya.

Drama Korea | The Uncanny Counter (2020)

Selain So Mun, ada tiga lagi ahli Counter yg lain iaitu Ga Mo Tak yg mempunyai kekuatan luar biasa dan ahli yg paling kuat, Do Hana yg dapat membaca memori dan Chu Mae Ok yg merupakan healer.

Mereka bertiga dah lama bekerjasama menangkap roh jahat, dalam masa yg sama mereka membuka kedai mi yg sangat popular di kawasan tersebut. 

dengan bantuan mereka bertiga, So Mun berlatih untuk menjadi counter yg terbaik dan juga explore kuasa sendiri. kuasa Mun ni special juga sebab dia boleh seru kawasan Yung tapi menjadi masalah bila dia belum mahir kawal kuasa sendiri.


Suatu hari, Ga Mo Tak dapat tahu yg masa silamnya ada kaitan dengan bapa So Mun iaitu So Gwon. Mo Tak dulu polis begitu juga dengan parent So Gwon, masalahnya Mo Tak hilang ingatan selepas sedar dari koma 7 tahun yg lepas. macam pelik juga kes apa yg Mo Tak dan So Gwon siasat sampai mereka ditimpa kemalangan dalam tempoh yg sama.

Mo Tak cuba menyiasat, lagi dia puas hati bila pihak polis mengatakan dia bunuh diri terjun bangunan. Mo Tak syak ada benda tak kena dan kemungkinan apa yg berlaku ke atas parent So Mun adalah kemalangan terancang. 

Mo Tak cuba siasat balik kes tersebut dan bila  So Mun tahu cerita yg sebenar lagilah dia tak puas hati dan nak siasat sekali untuk tahu apa yg sebenarnya berlaku 7 tahun yg lepas. Hana dan Mae Ok pun join juga dalam penyiasatan ini walaupun tahu benda tu salah.

Drama Korea | The Uncanny Counter (2020)

sebagai counter, tugas mereka adalah menangkap roh jahat dan tak boleh masuk campur dalam urusan manusia. gara-gara Mo Tak cuba membongkar kes pembunuhan yg dia siasat dulu dan kes parent Mun, mereka semua dihukum dan Mun disingkirkan. part ni annoying juga dengan Wigen dengan geng dia.

kes yg Mo Tak pernah siasat dulu adalah kes berprofil tinggi melibatkan datuk bandar, bukan mudah nak bongkar semua benda bila polis sendiri corrupt dan cuba cover kes jenayah yg berlaku. paling mengejutkan bila mereka tahu geng datuk bandar ni bekerjasama dengan roh jahat dan nyawa mereka kini diancam bahaya.

paling malang bila Mun jadi sasaran roh jahat tapi dia dah takde kuasa nak lawan mereka sebab Wigen dah tarik balik kuasa Mun. nak tahu macam mana Mun dapat balik kuasa dia kenalah tengok sendiri drama The Uncanny Counter.

Drama Korea | The Uncanny Counter (2020)

ini bukan first time drama korea buat cerita pasal roh jahat tapi tak dinafikan jalan cerita masih lagi menarik, daripada fokus pada menangkap roh jahat, penulis cuba relate dengan penyiasatan dan misteri kematian yg berlaku pada parent Mun.

antara sebab yg best tengok drama ni adalah bonding antara watak utama macam mana diorang jaga each other dan bekerjasama menentang kejahatan.

Post a Comment

7 Comments

  1. baru start tgk semlm, baru episod 5....

    ReplyDelete
  2. rasa macam pernah dengar nama drama ni... maybe boleh try nanti

    ReplyDelete
  3. hopefully japanese remake ada huhuhu

    ReplyDelete
  4. Mesti ada unsur kelakar juga dalam drama ni. Baik, bookmark dulu.

    ReplyDelete
  5. disebabkan ramai yg cerita kat blog pasal cerita ni maka mama pun terjebak dan mmg best cerita dia

    ReplyDelete