Telefilem | Kekasih Elektrik (2017)


Telefilem : Kekasih Elektrik
Produksi : Playground Production
Pengarah : Razaisyam Rashid
Penulis Skrip : Nazri M Annuar
Siaran : Astro
Pelakon : Redza Minhat, Siti Saleha, Amerul Affendi, Beto Khusyairi,
Bront Palarae, Iedil Putra, Tony Eusoff, Fahad Iman


Kekasih Elektrik mengisahkan Amri (Redza Minhat) seorang novelis dengan novel pertama berjaya mencapai bestseller. namun selepas itu, Amri mengalami writer-block dan struggle untuk menulis buku seterusnya.

Suatu hari, Amri dipanah petir dan selepas kejadian tersebut dia bertemu dengan Puspa (Siti Saleha) yg mendakwa hanya Amri sahaja dapat melihat dirinya dan boleh menolongnya. Amri menyangka Puspa adalah hantu dan cuba tidak menghiraukan Puspa yg terus-terusan menganggu hidupnya.

Amri berasa kesian dengan Puspa yg tiada arah tuju dan cuba memahami masalah yg dihadapi Puspa. dengan bantuan kawan baiknya Saiful, Amri cuba menjejak identiti sebenar Puspa dan menyiasat apa sebenarnya berlaku pada gadis tersebut.


semalam buka tv nampak citer Kekasih Elektrik ni lagi, astro memang suka ulang tayang citer yg sama sampai dah malas nak buka tv..haha. movie yg diterbitkan oleh Playground Production ni memang best sebab ada kelainan jalan ceritanya dan pelakon dia pun sangat best. 

kalau tak salah citer Kekasih Elektrik ni ada sekuel lagi iaitu Aku, Mawar & Makhluk Asing dan juga Gadis Kosmos. aku dah banyak kali tengok Kekasih Elektrik kat tv tapi tak pernah lagi tengok dua telemovie tu. tengoklah kalau rajin nanti nak mencari sambungan dia.

Post a Comment

9 Comments

  1. Astro memang suka ulang tayang.. entah berapa puluh kali agaknya nak diulang.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. cite kat astro ria dan prima tu memang untuk siaran ulangan je sekarang ni. bosan betul...

      Delete
  2. baca sinopsis terasa menarik la cite ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. citer ni memang best tapi sebab dah banyak kali tengok dah jemu..haha

      Delete
  3. Benci betul bila kena writer block. terus rasa macam kena keluar jalan-jalan cuci mata. Haha

    ReplyDelete
  4. story line best.. heroin plak hurmmmm ... skip la.. sbb tgk jalan cerita mcm biasa ja kan

    ReplyDelete
  5. uik menarik jugak sinopsis dia tu...

    ReplyDelete
  6. Dari gadis kosmos ke aku, mawar dan makhluk asing sampai ke sini. Nak patah balik ke mawar pula. Hehe

    ReplyDelete