Drama Bulan Henti Bicara (Astro Ria)

Drama Bulan Henti Bicara (Astro Ria)


Bulan Henti Bicara diadaptasi dari novel karya Rissa Ahdiya mengisahkan  Zulfa (Ezzanie Jasny) yang membesar dalam keluarga miskin. Bapanya, Pak Karman (Hushairi Hussain) bekerja sebagai nelayan dan Zulfa selaku anak sulung menguruskan kerja rumah dan menjaga adik-adiknya selepas ibu mereka meninggal dunia.

Zulfa dan Afghan (Ali Reza) pula sepupu dan mereka berkawan rapat sejak kecil dan mempunyai perasaan antara satu sama lain. Suatu hari, Afghan menyatakan hasrat untuk menjadikan Zulfa sebagai isterinya tapi pinangan tersebut ditolak disebabkan Afghan tidak berduit.

Drama Bulan Henti Bicara (Astro Ria)

Nak dijadikan cerita, Pak Karman berkenalan dengan Jamali (Azhan Hani) dan berkenan nak dijadikan menantu sebab Jamali baik suka hulur duit, jumpa pula kat surau kononnya nampak lelaki yang baiklah untuk anaknya.

Zulfa pula dalam dilema untuk setuju dengan perkahwinan tersebut dengan Jamali pun gatal semacam. Zulfa tekad pergi jumpa Jamali untuk putuskan pertunangan mereka dan bagitahu  yang dia cintakan Afghan.

tapi kesudahannya Jamali upah orang pergi pukul  Afghan dan buat fitnah kononnya Afghan mencuri sampai Afghan ditahan dalam lokap. Nak tak nak, Zulfa terpaksa bersetuju dengan perkahwinan tersebut kerana diugut Jamali.

Drama Bulan Henti Bicara (Astro Ria)

Selepas berkahwin, Jamali bawa Zulfa tinggal di rumahnya. masa ni baru Zulfa tahu dia kena tipu hidup-hidup sebab Jamali rupa-rupanya dah berkahwin. 

Kesian juga dengan Zulfa sebab dah lama dapat suami perangai macam setan, pastu dijadikan hamba abdi untuk layan isteri pertama Jamali, Puan Faziah (Azar Azmi) dan setiap hari juga kena hina dan kena maki dengan Faziah.

Azhan Rani kalau dah bawa watak memang menyirap je kau tengok dia berlakon. Dalam drama ni kira watak dia cerdik juga sebab dia sedar yang isteri pertama dia tu kaya, walaupun dok buat perangai menikah banyak kali pun memang dia takkan ceraikan Faziah sebab dia tahu itu sumber kewangan dia.

Drama Bulan Henti Bicara (Astro Ria)

geram juga tengok cara Faziah ni layan dan hina Zulfa tapi nak salahkan dia pun tak boleh juga sebab dia pun mangsa keadaan dan jadi lumpuh angkara suami sendiri. salah dia maybe sebab bapa dia kaya dan jumpa pula suami tak guna macam Jamali.

Selepas ayah Faziah meninggal, Jamali memang berangan nak mengambil alih syarikat bapa mertua dia tapi harta tersebut semua dapat kat adik-beradik Faziah. Faziah ni tak boleh minta cerai sebab Jamali gunakan anak-anak mereka. yang kesian juga, Jamali hasut anak-anak untuk bencikan ibu mereka sendiri. kalau Faziah bercerai memang dia tak boleh jumpa langsung dengan anak-anak dia.

so bila Jamali bawa Zulfa tinggal kat rumah dia, memang Zulfa jadi mangsa untuk Faziah lepaskan kemarahan dia.

Drama Bulan Henti Bicara (Astro Ria)

bagi aku, Pak Karman ni juga punca anaknya hidup menderita kononnya nak kehidupannya anaknya berubah bila berkahwin dengan orang kaya. jadi orang susah, jangan bodoh sangat boleh. Kau baru jumpa orang tu.. baru hulur duit sikit dah cop Jamali ni baik hati, baru jumpa kat surau dah cop Jamali ni orang yang warak..nohhh macam tu je kena tipu hidup-hidup dengan menantu hantu dia. 

drama ni agak menyakitkan hati juga sebab perangai Jamali dengan Pak Karman tapi banyak mesej dan pengajaran yang cuba disampaikan.

Post a Comment

3 Comments