Teach You A Lesson (2026) | Drama Korea

Teach You A Lesson (2026) | Drama Korea

Teach You A Lesson mengisahkan sebuah jawatankuasa khas iaitu Biro Perlindungan Hak Pendidikan (BPHP) yang ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Korea untuk menangangi masalah displin dalam kalangan pelajar sekolah bagi melindungi hak guru dan pelajar.

School teachers have a hard time to discipline students and they often don’t even have the will to do so. The authority of the teachers in the classroom breaks down and this causes serious social issues. The National Assembly and the Minister of Education passes the Amendment to the Act on the Protection of Teachers' Rights. With the passage of the law, a new government organization, the Educational Rights Protection Bureau, is formed. Na Hwa Jin belongs to the Educational Rights Protection Bureau. His team is sent to different problem schools as supervisors. There, they can educate the students without any restrictions or limitations.

Teach You A Lesson (2026) | Drama Korea

Na Hwa Jin (Kim Mu Yeol) bertindak sebagai ketua pasukan dan dibantu oleh  Bong Geun Dae (P.O) dan Im Han rim (Jin Ki Joo).

Kes yang BPHP handle melibatkan salah laku pelajar seperti pembulian, gangsterisme, dadah dan banyak lagi. tapi kes yang mereka uruskan bukan sahaja target pelajar tapi ada juga melibatkan guru dan ibu bapa yang bermasalah.

Baca juga:


Teach You A Lesson (2026) | Drama Korea

Choi Gang Seok (Lee Sung Min) adalah Menteri Pendidikan menjadi orang penting yang usulkan penubuhan BPHP selepas kematian anak perempuannya, Choi Ga Yun tapi selepas dua tahun baru impian dia tercapai.

Choi Ga Yun (Ha Young) juga tunang kepada Na Hwa Jin dan mereka hampir berkahwin namun impian tersebut musnah bila Ga Yun yang merupakan seorang guru sekolah menengah mati di tangan pelajarnya.

Walaupun ada menyokong penubuhan BPHP tapi ada juga yang tidak senang dengan kejayaan team BPHP terutama sekali musuh politik BPHP so mereka korek latar belakang dan masa lalu Na Hwa Jin dan Choi Gang Seok dan tuduh mereka dua guna BPHP untuk balas dendam atas kematian Choi Ga Yun.

Yang aku suka watak Choi Gang Seok, dia sentiasa alert dengan permainan kotor musuh politik dia dan langsung tak tergugat dengan ugutan mereka malah berjaya membuktikan BPHP mampu menangani masalah yg berlaku di sekolah.

Teach You A Lesson (2026) | Drama Korea

Episod pertama berkaitan kes buli bila pembuli ini merupakan anak ahli politik, guru dan pelajar lain tutup mata tidak mengambil sebarang tindak sampai mangsa membunuh diri.

Episod kedua melibatkan gangsterisme yang berleluasa di sebuah sekolah.

Episod ketiga pula kes melibatkan pelajar influencer terkenal sibuk nak buat live tak kira waktu. pastu bila cikgu tegur, dia guna platform internet untuk fitnah cikgu tu sampai cikgu pula kena kecam berjemaah dengan netizen yang tak tahu cerita sebenar.

Episod keempat pula melibat cikgu yang bermasalah bila mana mak bapa yang kaya rasuah cikgu ni untuk pastikan anak mereka dapat tempat teratas dan masuk universiti terkemuka. yang kesian pelajar miskin yang pandai kena perdajal dengan cikgu ni.

Teach You A Lesson (2026) | Drama Korea

bagi aku episod yang menyakitkan hati bila melibatkan ibu bapa yang problem. episod lima; cikgu sekolah rendah yang mengalami tekanan mental sampai nak bunuh diri sebab dapat parent jenis menekan-nekan.

angin aku bila tengok mak budak ni tak habis complain wasap cikgu pastu yang psiko sampai stalk media sosial cikgu ni dan komen yang bukan-bukan.

lagi satu episod 8, kes berlaku di sekolah elit bila parent ni jenis strict paksa anak mereka belajar dengan harapan anak mereka dapat belajar perubatan di universiti terkemuka. punya psiko mak bapak ni sampai bagi anak ubat yang mengandungi barang terlarang untuk pastikan anak mereka kekal fokus untuk belajar.

ini antara episod yang bikin aku geram dalam masa dekah lawak wei sebab cara Na Hwa Jin handle kes guna reverse psikologi. macam mana parent tu buat kat cikgu, macam tu juga dia buat kat parent, dengan wasap tak berhenti sampai parent tu pula mental breakdown.

Teach You A Lesson (2026) | Drama Korea

Cho Gu Yeol (Lee Bong Joon), budak ni muka je nampak innocent tapi dia ni yang bunuh Cikgu Choi sebab kantoi dia jual dadah kat sekolah. Dia dipenjara dua tahun tapi budak ni pandai sebab dia guna musuh politik Choi Gang Seok untuk keluar dari penjara.

Selepas dibebaskan, Gu Yeol pergi sekolah macam biasa konon macam dah berubah lah tapi sebenarnya tak dak rasa nak bertaubat pun. Gu Yeol bekerjasama dengan musuh politik Choi Gang Seok untuk jatuhkan BPHP sebab dia ada motif tersembunyi.

Teach You A Lesson (2026) | Drama Korea

bila tengok drama ni, boleh nampak betapa teruknya sistem pendidikan sekarang, bukan kat malaysia je kat korea pun sama je. pelajar terlalu dimanjakan dan hukuman fizikal dimansuhkan. bila budak anak somebody lagi lah cikgu tak boleh sentuh sebab kabel dia kuat. kalau tidak kerja cikgu pula terjejas kalau cari pasal dengan diorang ni.

So BPHP ni sangat function sebab Na Hwa Jin tahu macam mana nak handle pelajar yang bermasalah dalam masa nk jaga kebajikan guru-guru dan juga pelajar yang teraniaya. best juga tengok dia bagi penampar kat budak-budak ni..haha

Post a Comment

0 Comments