Wasiat Ayah megisahkan Hadi (MK K-CLIQUE) yang dijaga dan dibesarkan oleh keluarga berbangsa Cina selepas kematian ibu dan ayahnya. Walaupun berbeza agama, Mr Wong memastikan Hadi mendapatkan didikan agama yang sempurna.
Jason (Andy Teh) pula selalu memberontak dan merasakan ibu dan ayahnya tidak sayangkannya sehingga bertindak melarikan diri dari rumah. Bertahun tidak pulang sampai ayahnya, Mr Wong meninggal dunia pun Jason tak balik tapi at the Jason balik juga sebab wasiat ayahnya.
Dalam wasiat tersebut, Mr Wong memberikan sebahagian hartanya kepada isteri, Madam June dan sebahagian lagi kepada perniagaan keranda dan batu nisan milik keluarga mereka.
So kat sini jadi konflik bila Hadi diamanahkan untuk mengambil alih perniagaan tersebut. Konflik Hadi bukan setakat dengan Jason tapi juga dengan masyarakat setempat yang tak senang bila dia jadi tauke keranda cina sedangkan Hadi orang kuat masjid dan juga Ketua Khairat ajk masjid di situ.
Hadi membuat keputusan untuk melepaskan haknya kepada Jason dengan syarat Jason belajar seni ukuran dan menguruskan kedai tersebut dengan Aii Lin (Lim Mei Fan). tapi Jason ni dari awal lagi dah ada rancangan nak jual perniagaan tersebut bila hak milik bisnes bertukar kepadanya. Adakah Jason akan menjual perniagaan warisan milik keluarganya?
Dalam drama ni ada juga isu lain iaitu Imam baru yang menggantikan Pak Harun (Razak Ahmad) yang agak racist. tok imam ni tak suka bila tahu kedai batu nisan di kampung tersebut adalah milik Tauke Wong bukan Hadi. bukan itu sahaja, Imam ni pun desak Hadi letak jawatan sebab tak puas hati bila tahu Hadi dah pegang bisnes keranda Tauke Wong.
pendek cakap, problem juga Tok Imam semua benda tak kena, semua benda kalau ada kaitan non muslim terus dicop haram makruh. sampaikan Pak Harun bagi cadangan buka gelangang takraw kat area masjid untuk golongan muda pun dibantah habis tapi at the ada benda yang terjadi sampai mengubah pemikiran tok imam ni.
Walaupun ending dia macam boleh diteka tapi best juga layan telefilem Wasiat Ayah ni sebab banyak nilai dan pengajaran yang cuba disampaikan.




0 Comments