Mariam Meenachi mengisahkan Mariam (Sweet Qismina) yang bahagia dengan perkahwinannya bersama Farid (Irfan Zaini). Walaupun Mariam sibuk dengan kerjaya sebagai seorang doktor dan tidak mempunyai masa untuk memasak, Farid sebagai seorang suami sangat memahami kerana dia juga seorang doktor yang sentiasa sibuk.
Farid seorang mualaf, Mariam mempunyai masalah dengan Amma, ibu mertuanya yang mementingkan masakan dari rumah dari tangan seorang isteri. Hal ini menyebabkan Amma tidak berpuas hati kerana menantunya selalu memesan makanan luar.
Selain itu, perbezaan agama dan adat juga menyebabkan hubungan Mariam dengan ibu menantunya mempunyai jurang dan kurang mesra. Ditambah pula kehadiran Devika yang rapat dengan Amma membuatkan Mariam cemburu dengan keadaan tersebut.
Mariam nekad memasak untuk keluarga Farid menjelang hari raya yang bakal tiba. Walaupun Farid memuji rendang masakan isterinya sedap, Mariam tetap risau dan merasakan masakannya masih kurang untuk menambat hati ibu mertuanya yang seorang vegetarian.
Dengan bantuan Devika, Mariam belajar memasak masakan India yang kena dengan selera ibu mertuanya. Adakah Mariam dapat menambat hati ibu mertuanya?
Susah juga dapat mertua yang suka jugde menantu pastu nak serba serbi perfect ikut cara dia. bak kata Amma, Mariam kahwin dengan keluarga mereka kenalah ikut cara mereka padahal bukan senang Mariam nak menyesuaikan diri tapi Mariam cuba juga mengambil hati mertuanya. Yang bagusnya suami dan bapa mertuanya sangat sporting dan chill.
suka tengok gandingan Sweet Qismina dengan Irfan Zaini, bagi aku comel je jalan ceritanya tentang konflik antara mertua dan menantu, bukan senang nak serasi bila ada banyak perbezaan tapi semuanya dapat diselesaikan dengan mudah kalau masing-masing dapat buka hati untuk menerima perbezaan tersebut.
0 Comments