Tajuk : Nuura: Mengejar Takdir Bahagia
Penulis : Dila Dyna
Mukasurat : 479
Penerbit : HA Novels Publication
Terbitan : 2025
Mengisahkan Nuura dan Nureen, kembar seiras yang sangat berbeza dari segi perwatakan mereka. Disebab ada tragedi hitam yang berlaku, Nuura disisih dan dibenci oleh ibu kandungnya sendiri dan adik kembarnya.
Nureen menjalinkan hubungan dengan Qaid selama empat tahun tapi dalam tempoh tersebut dia tak pernah tahu Nureen mempunyai kembar seiras sehinggalah secara tak sengaja Qaid bertemu Nuura dan berlaku salah faham antara mereka, pastu Nuura pula dapat tawaran kerja kat syarikat keluarga Qaid. Nureen memang tak nak Qaid tahu tentang kewujudan Nuura sebab ada rahsia yang cuba disembunyikan.
Dipendekkan cerita, Qaid membatalkan perkahwinannya dengan Nureen bila dapat tangkap Nureen curang dengan kawan baiknya tapi ada la few thing terjadi sampai Nuura yang terpaksa jadi galang ganti jadi isteri Qaid. Dan klise la kan, adik buat hal kakak yang kena ganti pastu kahwin pula tak bahagia sebab suami berdendam dengan apa yang terjadi. bila isteri lari baru nak sedar diri.
Permulaan cerita bagi aku comel je dengan apa yang terjadi antara Qaid dan Nuura dan time ni boleh teka yang Qaid dah terjatuh hati dengan Nuura tapi lepas kahwin hurmm itulah ego tinggi melangit sebab tak boleh move on dengan apa yang Nureen buat, Nuura pula jadi mangsa keadaan.
Walaupun kisah dia pendek, ebook kan tapi banyak sebenarnya konflik dalam cerita ni tapi disebabkan banyak plot tak dikembangkan, aku rasa macam haishhh panjang pula cerita ni bila nak sampai penamat ni. Overall jalan cerita dia menarik je tapi sebab klise kan so macam boleh teka jalan cerita dia macam mana.
**MY RATING: ⭐⭐⭐/5**
Pangg!!Satu tamparan hebat melayang ke pipi Qaid Yusoof saat bibirnya mendarat ke pipi mulus itu. Gadis yang disangkakan kekasihnya, ternyata bukan kekasihnya. Saat itu juga Nuura Aresha melabel si jejaka sebagai si gila, dan pervert!“Saya tak bermaksud nak sakitkan hati cik. Petang tadi saya betul-betul tersalah orang, saya ingatkan bakal tunang saya.” - Qaid“Oh… kalau bakal tunang boleh sesuka hati cium ke? Awak ni ada agama ke tak? Ke islam atas IC je?!” – NuuraPertemuan pertama itu membuahkan bibit-bibit rasa di hati masing-masing, tanpa disedari persamaan wajah itu bukanlah satu kebetulan. Nuura adalah bakal kakak iparnya sendiri, kembar kepada kekasihnya Nureen Alisya.Nuura dan Nureen, pasangan kembar seiras, namun miliki perwatakan yang jauh berbeza bagai langit dan bumi. Malah ibu sendiri pun bersikap pilih kasih, menyebabkan Nuura tidak mendapat kasih sayang sedari kecil. Dibenci ibu dan kembar sendiri menyebabkan kewujudannya langsung tidak diiktiraf, seolah orang asing dalam keluarganya sendiri.“Oh, nak berambus dari rumah ni selamanya ke? Baguslah kalau macam tu. Kau datang sini pun macam orang asing je kan. Oh, sebelum tu, kenalkan bakal tunang aku, Qaid Yusoof Tan Sri Haidar,” – Nureen AlisyaKecurangan Nureen, akhirnya mengikat Nuura dan Qaid dalam ikatan perkahwinan. Kesetiaan dan layanan baik Nuura dibalas dengan kekasaran. Nuura dihukum atas kecurangan kembarnya sendiri.“I nak ingatkan you sekali lagi Nuura. You dalam rumah ni tak ubah ibarat tahanan I. Kalau I tak pernah suruh you buat sesuatu, you tak payah nak memandai-mandai buat! Faham?!” – Qaid“I isteri you tahu tak. Setiap hari I setia tunggu you balik, rupanya you berfoya-foya dengan perempuan haram dekat luar sana! You ingat I ni patung ke takde hati dan perasaan?!” – NuuraMampukah Qaid menyelamatkan semula rumah tangga mereka saat hati si isteri sudah terluka kecewa? Atau hanya perpisahan satu-satunya cara yang tinggal untuk kembali bahagia?
0 Comments