MEJAR SAYF SAFWAN OPERASI: Larangan Jatuh Cinta by Suri Mohamad | Ebook Review

MEJAR SAYF SAFWAN OPERASI: Larangan Jatuh Cinta by Suri Mohamad | Ebook Review

Tajuk : Mejar Sayf Safwan, Operasi: Larangan Jatuh Cinta
Penulis : Suri Mohamad
Mukasurat : 366
Penerbit : Raisyas Azliey Publication
Terbitan : 2025

Kisahnya satu tragedi hitam berlaku pada Neliya menyebabkan Nasrina ditimpa trauma dan rasa bersalah ke atas kematian kembarnya. Apabila ibu Sayf Safwan masuk meminang, Nasrina terima pinangan tersebut sebab dia sayang sangat dengan Wanna yang merupakan anak Neliya.

Say pula tak setuju tapi dia tiada pilihan juga untuk menolak makanya perkahwinan antara mereka terjadi. Sayf sangat bencikan Nasrina kerana apa yang berlaku pada arwah isterinya tapi bila tengok Nasrina juga menderita dan trauma barulah dia cuba belajar menerima Nasrina dalam hidupnya.

Apabila Rauf yang sangat obsesskan Nasrina muncul semula, Sayf rasa dia perlu bertanggungjawab dan melindungi isterinya dari ancaman bahaya, dalam masa yang sama Sayf mula sedar perasaannya pada Nasrina.

Kalau Kapten Shiraz, cerita dia happy dan santai je tapi Mejar Sayf Safwan ni sedih sikit. Walaupun cerita dia pendek tapi ada plot twist juga. Overall, sebuah kisah yang menarik untuk dibaca.

**MY RATING: ⭐⭐⭐⭐/5**


Pertemuan pertama Mejar Sayf Safwan dengan Neliya bukan pertemuan cinta pandang pertama. Dia hanya tahu gadis itu ligat, penuh tipu helah dan cukup berani mempermainkan emosinya. Kali kedua mereka bersua, muncul pula wajah yang sama. Rupa-rupanya dia adalah Nasrina, si kembar seiras. Dalam kekeliruan itu, hati Mejar Sayf terpaut juga... kepada Neliya.

Perkahwinan mereka disulami bahagia, lebih-lebih lagi dengan kehadiran si kecil Wanna.
Namun, bahagia itu tak lama.

Tragedi hitam meragut nyawa Neliya. Sayf terhenyak. Dunia jadi gelap. Nasrina hilang kata-kata, dia yang sepatutnya di tempat Neliya ketika itu.


“Kenapa bukan kau yang mati masa tu?” - MEJAR SAYF

“Kalau saya ada kudrat nak tukar takdir tu, saya buat, Sayf.” - NASRINA

Desakan keluarga memaksa mereka untuk berkahwin demi Wanna. Tapi mana mungkin Sayf menerima Nasrina dengan mudah. Walaupun kadangkala dia sendiri terkeliru dengan wajah Nasrina yang saling tak tumpah seperti wajah isterinya.

Bila Sayf mula belajar menerima, lelaki itu muncul kembali. Rauf, lelaki obsesif dari masa silam Nasrina.

“Awak langgar protokol… tak berbaloi, Mejar Sayf.” - NASRINA

“Sebab aku tak sanggup tengok kau meninggal depan mata aku.” - MEJAR SAYF

Rahsia terbongkar. Luka lama berdarah kembali.

Kali ini Sayf nekad, dia takkan hilang perempuan yang dia sayang, buat kali kedua.

“Aku nak dia nampak siapa sebenarnya yang jaga dia selama ni. Kau yang buat dia menangis, kau benci dia kan?” - RAUF

Post a Comment

0 Comments