Mejar Firhan: Dia Untuk Dariya Airaa by Aryusz | Ebook Review

Mejar Firhan Dia Untuk Dariya Airaa by Aryusz | Ebook Review

Tajuk : Mejar Firhan: Dia Untuk Dariya Airaa
Penulis : Aryusz
Mukasurat : 420
Penerbit : HE Dynamic Publication
Terbitan : 2025

Mengisahkan Airaa yang pernah tersuka dengan Firhan waktu zaman sekolah tapi cintanya ditolak. Siapa sangka mereka bertemu semula dua puluh tahun kemudian dan waktu ni Firhan terjatuh cinta dengan Aira tapi bukan senang Aira nak terima Firhan dengan sejarah mereka dulu.

Tapi bila tengok Firhan yang semakin matang dan usaha Firhan mendapatkannya, sedikit sebanyak hati Airaa terbuka untuk memberi peluang kepada Firhan dan mereka berkahwin.

Hubungan mereka bahagia walaupun Firhan sibuk dengan kerjayanya sebagai anggota tentera namun konflik hubungan mereka mula terjadi apabila Firhan kehilangan sahabatnya dan cuba memikul tanggungjawab kepada isteri dan anak-anak arwah kawan baiknya. Firhan tak menyedari dia telah mengabaikan Airaa sehingga menyebabkan Airaa terluka dengan sikap Firhan yang melebihkan wanita lain lebih dari isteri sendiri.

Waktu Firhan nak mengorat Airaa rasa sweet je tapi bila terjadi konflik dalam perkahwinan mereka, geram pula dengan Firhan ni. iye tahulah dia rasa bersalah dengan apa yang terjadi pada kawan baiknya tapi dah kenapa kau layan perempuan lain lebih dari isteri sendiri. pastu bila Airaa tegur, dituduh pula Aira mengada tak nak faham apa yang berlaku..eh eh mamat ni..haruslah Airaa terasa dan sakit hati sebab dia isteri kau.

Bila Aira pergi, barulah Firhan tersedar kesilapan yang dilakukannya. Adakah Firhan akan mendapat peluang kedua dan kepercayaan Aira semula?

**MY RATING: ⭐⭐⭐ /5**

Dahulu, Airaa pernah meluahkan cinta kepada Firhan waktu zaman sekolah. Namun cintanya ditolak mentah-mentah. Hampir dua dekad berlalu, siapa sangka takdir mempertemukan mereka semula. Kali ini, Firhan pula yang bertekad mahu menjadikan Airaa sebagai suri hidupnya.

​“Dah. Nombor saya dah ada kat telefon awak. Jangan delete.” - FIRHAN

“Nama apa awak letak?”- AIRAA

- Future Mrs. Firhan -

Ya Allah! Perasan gila mamat kacang hijau ni tau! Siapa tah yang nak jadi pasangan dia agaknya. Sesuka saje nak save nama macam tu. Dulu bukan main sakan lagi blocked nombor aku.

“Masuk neraka saya rasa kalau terus layan awak ni.” - AIRAA

Airaa yang seakan alergi dengan cinta lelaki yang kerjayanya sebagai pegawai tentera yang penuh komitmen, cuba melarikan diri. Namun, Firhan tak pernah mengenal erti putus asa. Tulusnya cinta lelaki itu akhirnya mencairkan hati Airaa, dan lamaran itu diterima.

Namun, hidup berumah tangga tidak semudah yang disangka. Dugaan dan ujian datang tanpa henti, menguji kesetiaan dan kepercayaan mereka. Bila sejarah lama cuba mengulangi tragedinya, mampukah Airaa dan Firhan bertahan dalam badai yang melanda? Atau akankah cinta mereka terkubur sekali lagi?

“Saya perlukan ruang. Saya nak berpisah sementara.” - AIRAA

“Jangan, Airaa. Tolong. Kita ada baby…” - FIRHAN

“Baby yang awak tak rasa teruja pun untuk ada.” - AIRAA

“Dia Untuk Dariyaa Airaa” - Sebuah kisah cinta penuh pengorbanan, keikhlasan, dan keteguhan hati dalam mempertahankan ikatan perkahwinan.

Post a Comment

0 Comments