Selepas serangan jantungnya, Mikael nekad untuk belajar agama dan mula menjadi ekstrimis dengan ahli keluarganya. Adakah ahli keluarga yang lain boleh terima perubahan Mikael?
Daddy Naik Sheikh sebuah telefilem komedi arahan Hadith Omar menampilkan Faizal Hussein, Yasmin Hani, Auni Yusri, Areef Amran dan Kodi Rasheed sebagai barisan pelakon utama.
Mengisahkan Mikael (Faizal Hussein) yang terkena serangan jantung dan hampir meninggal dunia. Mikael takut kalau tak sempat bertaubat kalau dijemput ajal kelak so Mikael mahu belajar agama dan berubah ke arah kebaikan. Melur (Yasmin Hani) sebagai isteri turut menyokong apabila suaminya mahu berubah.
Niat nak berubah tu bagus, masalahnya tak kena cara. Mikael nak belajar dan bergaul dengan orang masjid segan solusinya dia belajar dengan Ustaz Fames (Kodi Rasheed) yang popular di media sosial.
Masalahnya juga, dia nak berubah tapi orang lain diwajibkan berubah ikut cara dia juga. Apa yang Mikael beritahu isteri dan anaknya, Nina (Auni Yusri) tu memang betul masalahnya terlalu extreme dan mendadak.
Melur support je suaminya tapi Nina ni tak boleh terima bila dia pun kena tempias juga. Mikael nak suruh anak dan bini tutup aurat tu memang bagus tapi masalahnya habis pakaian lama kena buang, pastu bila anak tak solat dia nak rotan plus cabut pintu bilik sebagai cara nak mengajar anak dara yang nak masuk 20 tahun..agak melampau juga kat situ.
pastu yang tak boleh Noah (Areef Amran) yang merupakan teman lelaki Nina pun dipaksa pakaian yang mengikut syariat islam. adoyai..
Melur dan Nina rasa Mikael dah terkena sampuk dengan jin so mereka cuba mencari cara untuk mengembalikan Mikael yang dulu. Adakah mereka berjaya?
Aku tak tahulah cerita ni spin off watak Walid dalam Bidaah ke apa sebab bila tengok Faizal Hussein dalam telefilem Daddy Naik Sheikh memang auto teringat watak Walid tu tapi jalan cerita dan watak masing-masing memang kelakar dan menghiburkan.
Banyak pengajaran yang cuba disampaikan dalam telefilem ni. Kesimpulannya kalau nak belajar agama carilah guru yang betul dan bergaul dengan masyarakat bukannya belajar dari media sosial pastu buat ajaran sendiri.
0 Comments