Tajuk : Perempuan Kesayanganku
Penulis : Nona Lizza
Mukasurat : 435
Penerbit : HA Novels Publication
Terbitan : 2025
Perempuan Kesayanganku mengisahkan Rana Saffiya yang tinggal sebatang kara selepas dihalau keluar dari rumah oleh emak tirinya. Saffiya terpaksa bekerja keras mencari kerja sampingan untuk meneruskan pengajiannya di universiti.
Rizal yang merupakan kekasih Saffiya mengajak Saffiya berkahwin konon nak menjaga dirinya dengan menjanjikan bulan bintang. Bagi Saffiya, masih terlalu muda untuk dia berkahwin plus struggle nak cari duit, nak belajar lagi takut tak boleh fokus. tapi bila Rizal bersungguh-sungguh merayu so Saffiya akhirnya bersetuju.
Malangnya, pekahwinannya tak seindah mana dengan perangai Rizal yang tak semenggah..janji pun tinggal janji. Sudahlah dipaksa Saffiya berhenti belajar pastu Saffiya kena kerja tanggung perbelanjaan rumah dengan emak mertua lagi perangai macam hurmmmm..
Dipendekkan cerita, emak mertua fitnah dia curang dan suami pula tak mengaku anak di kandungannya sampai paksa Saffiya mengugurkan anaknya yang telah lama dia tunggu. Demi mempertahann diri dan kandungan berlaku tragedi hitam yang menyebabkan dirinya dipenjara.
Pada suatu hari, muncul seorang penguam bernama Fathan Ghazi yang berminat dengan kes Saffiya. sebagai syarat, Fathan mahu Saffiya berkahwin dengan dirinya jika dia berjaya menang kes tersebut dan bawa Saffiya keluar dari penjara.
Bagi aku, plot cerita ni sangat menarik plus kita pun curious juga siapa Fathan Ghazi, mesti member pernah crush dengan Saffiya kalau tidak takkan dia buat tawaran macam tu so apa rahsia Fathan?. selepas Saffiya berkahwin dengan Fathan, jalan ceritanya bukan sahaja tertumpu pada kisah cinta antara mereka berdua tapi banyak lagi rahsia dan plot twist menarik yang berlaku.
Saffiya selepas keluar penjara dia merancang misi membalas dendam pada Rizal dan Fathan pula sebagai suami mahu melindung isterinya supaya sejarah lama tidak berulang sekali lagi. bila baca ebook ni memang geram dan sakit hati dengan Rizal dan emaknya tapi nasib baik lepas tragedi hitam tersebut, Saffiya dapat keluarga mertua yang baik dan suami yang alahai sweet. overall, sangat menghiburkan.
**RATING : 4.5 /5**
Mengisahkan kehidupan Rana Safiyya yang dipenuhi onak dan duri setelah kematian ayahnya. Semuanya bermula bila mak tirinya Mak Cik Zaidah dan abang tirinya berkomplot mengenakannya. Sejak dia dihalau dari rumah sendiri dia tiada tempat untuk dituju dan tinggal di rumah sahabatnya Laila.Kerana cemburu buta Rana Safiyya tinggal di rumah sahabatnya, Rizal Zuhair kekasihnya nekad untuk menikahi Safiyya. Dia telah berjanji untuk menjaga Safiyya setelah berkahwin nanti walaupun mereka masih muda dan belum habis lagi pengajian. Kerana desakkan dari Rizal, akhirnya Rana Safiyya bersetuju juga untuk berkahwin dengan Rizal.Namun siapa sangka perkahwinan mereka tidak seindah yang dijanjikan oleh Rizal Zuhair apatah lagi bila melibatkan campur tangan mertua. Ada sahaja yang tak kena di mata mertuanya sebagai seorang menantu. Rana Safiyya banyak makan hati namun dia lebih ambil sikap mendiamkan diri kerana sayangkan suaminya dan perkahwinannya.Disangka panas hingga ke petang rupanya hujan ditengah hari. Kerana suatu peristiwa Rana Safiyya telah dijatuhkan hukuman penjara selama tujuh tahun. Semasa menjalani hukuman di penjara, Rana Safiyya telah dipertemukan dengan seorang peguam yang ingin menolongnya keluar dari penjara. Namun semuanya bukanlah percuma.“Kalau hukuman dapat dikurangkan atau Cik Rana berjaya keluar dari sini kita akan lakukan sistem barter dan bersyarat- Fathan Ghazi“Saya ni dah rasa macam keluar mulut harimau masuk pula mulut buaya.”- Rana SafiyyaBolehkah Rana Safiyya dibebaskan dari sana? Apakah hubungan antara peguam tersebut dengan Rana Safiyya? Dan apakah syarat yang harus dia ikut. Semuanya terjawab dalam PEREMPUAN KESAYANGANKU.
0 Comments