Tajuk : Izdihar Isteri Yang Aku Nantikan
Penulis : Arfa Ardiya
Mukasurat : 400
Penerbit : Aruz Publication
Terbitan : 2025
Izdihar dan Hazrin bercinta dan berkahwin ketika belajar di universiti. Mereka bahagia sehinggalah tiba-tiba Hazrin berubah perangai dan paling tergamak suruh Izdi gugurkan anak mereka. kemuncaknya, Izdi keguguran dan kemudiannya menghilangkan diri.
Hazrin pula hidup dalam penyesalan dan berusaha mencari isterinya. Beberapa tahun kemudian, Hazrin berjaya menjejak Izdi yang kini menjadi guru di sekolah anak saudaranya. Hazrin berusaha untuk perbetulkan keadaan tapi Izdi berkeras tidak dapat menerima suaminya sebab terluka dengan peristiwa masa lalu
Jalan ceritanya walaupun klise tapi agak menarik juga sebab olahan dan gaya penulisan penulis, sebab banyak benda yang terjadi antara Izdihar dan Hazrin menimbulkan persoalan yang buat kita nak tahu apa sebenarnya terjadi antara mereka. Kenapa Hazrin tiba-tiba berubah dan apa rahsia yang disembunyikan oleh Hazrin dari Izdi.
Maybe cerita ni dalam format ebook so ada dia punya limit sebab aku macam tak puas sangat baca. Nak tahu juga macam mana perkenalan Izdi dan Hazrin sebab aku pun macam pelik diorang belajar kat oversea ke sampai mentua dia pun Izdi tak pernah jumpa. rasanya macam takde detail part ni.
Kalau konflik keluarga Izdi dikembangkan lagi menarik. Walaupun memula Hazrin ni agak melampau tapi tak tahulah kenapa aku tak boleh nak menyampah dengan dia tapi aku curious kenapa dia jadi macam tu. so nak tahu rahsianya kenalah baca ye..
watak Izdi ni agak keras kepala dan degil, kadang geram juga aku tapi itulah nak salahkan dia pun tak boleh sebab fasa yang dia lalui bukan mudah. Hazrin pula biasalah hero yang sweet lahai yang berusaha perbetulkan kesilapan masa lalu. kadang kesian pun ada tapi itulah siapa suruh buat perangai dulu.
tapi overall, menarik jalan ceritanya dan best untuk bacaan santai.
**RATING: ⭐⭐⭐⭐ /5**
Izdihar dan Hazrin bernikah ketika masing-masing masih bergelar pelajar. Cinta yang disulam tampak indah, penuh harapan dan janji. Namun, segalanya berubah saat Hazrin tiba-tiba bertukar sikap. Dingin, kasar, dan menuntut sesuatu yang tak tergamak Izdihar lakukan: menggugurkan kandungan mereka. Tanpa penjelasan, Hazrin pergi meninggalkan Izdihar terkapai-kapai bersama luka dan maruah.Bertahun berlalu. Izdihar kini seorang wanita berdikari, menyimpan kemarahan yang telah menjadi sebati dengan hidupnya. Namun takdir seolah mempermainkan perasaannya apabila Hazrin muncul kembali, membawa rindu yang tertangguh dan rayuan yang membingungkan.Dia mengaku masih suami sahnya. Dia ingin menebus kesalahan. Tapi Izdihar tidak mudah lupa luka lalu. Apa hak lelaki itu datang semula selepas mengabaikan dirinya? Dan kenapa Hazrin menghilang dahulu. Apakah rahsia yang disembunyikannya selama ini?“Walau apapun yang terjadi, aku takkan lepaskan kau! Sampai mati pun aku akan jadi suami kau. Dan kau tetap jadi isteri aku!” -HazrinAntara dendam dan kasih yang tak pernah padam, mampukah Izdihar menerima semula cinta yang pernah dikhianati? Atau semua sudah terlambat?
0 Comments