Framed (Astro) | Sinopsis Drama

Sinopsis Drama Framed Astro
Sumber: Instagram Astro Shaw

Framed

Produksi : Astro Shaw, Independent Pictures
Pengarah : Sein Qudsi
Penulis Skrip : Kyle Goonting, Nadim Hisham
Siaran : Astro Ria
Mula Tayangan : 3 Mei 2024
Masa : Jumaat | 9.00 Malam
Episod : 8
OST : Udara (Nadeera)
Pelakon : Mimi Lana, Meerqeen, Ram Raaga, Sangeeta Krishnasamy, Vanidah Imran, Rusdi Ramli, Riz Amin, Zamarul Hisham, Khir Rahman, Ka Hoe, Namron, Rahim Omar, Rahim Omar, Fizz Fairuz, Azri Iskandar, Airiezara Jasmin, June Lojong, Ungku Ismail Aziz, Anis Fatihah, Shaza Bae, Ewan Fauzi

Sinopsis Drama Framed

Mengisahkan Lia lakonan Mimi Lana, seorang wartawan bebas yang menyiasat kes lama berlaku 11 tahun lalu bagi menjejaki misteri kehilangan ibunya, Sara (Vanidah Imran) yang juga seorang wartawan.

Sinopsis Drama Framed Astro

Suatu hari, kamera polaraid lama milik ibunya tiba-tiba mencetak sendiri gambar tragedi yang berlaku pada masa hadapan. Melalui petunjuk tersebut, Lia cuba menyiasat individu di dalam gambar itu yang semuanya mempunyai kaitan dengan tragedi runtuhan jambatan yang berlaku 11 tahun yang lalu. Secara tidak langsung, Lia dapat merungkai misteri kehilangan ibunya.

Lia bekerjasama dengan Edi (Meerqeen) seorang aktivitis yang cuba mendedahkan kepada masyarakat tentang penyelewengan dan konspirasi yang dilakukan oleh syarikat ARC yang diketuai oleh Gibran (Riz Amin) di kawasan Krung Merah. Selain itu, Edi juga bekas askar cuba menyiasat kematian abangnya, Mat (Ungku Aziz).


Sinopsis Drama Framed Astro

Nak fahamkan cerita, Mat bekerjasama dengan Sara dan Azlina (Shaza Bae) untuk menyiasat konspirasi yang dilakukan oleh syarikat ARC yang menjadi punca tragedi runtuhan jambatan sehingga mengorbankan 40 orang. CEO lama telah dihukum bersalah dan syarikat ARC kemudiannya diambil alih oleh Gibran. Kemungkinan besar, Gibran adalah mastermind yang menjadi punca kematian Sara, Azlina dan Mat tapi aku rasa banyak lagi plot twist dalam drama ni.

Edi tahu semua benda ni berkaitan sebab tu juga dia ajak Lia bekerjasama menyiasat kes tersebut dengan berbekalkan petunjuk yang diberikan oleh kamera polaraid tersebut.

Sinopsis Drama Framed Astro

Review Episod 1-2 Framed

kalau tengok production value dan jalan cerita, vibe Framed ni lebih kurang sama dengan drama Black terbitan VIU tapi bila tengok nama pengarah dia memang tak hairan la sebab Sein pun direct untuk drama Black. baru tengok dua episod pertama perghhh pening juga sebab cerita dia berselirat dengan banyak watak, kena tunggu complete dulu baru boleh marathon.

tarikan plot Framed adalah kamera polaroid yang cuba memberi petunjuk kepada Lia dan Edi tentang insiden yang berlaku pada masa hadapan yang mempunyai kaitan dengan kes yang berlaku 10 tahun yang lepas. 

Baca juga : 

Selain merungkai isu jenayah kehilangan ahi keluarga, Framed juga turut menyingkap konspirasi pencemaran persekitaran yang berlaku di sekitar Krung Merah. Adakah Lia mampu mengubah takdir dan membongkar kebenaran?

Saksikan siri premium terbaharu Astro Shaw, ‘Framed’ bermula 3 Mei 2024, pada setiap Jumaat, jam 9 malam di Astro Premier (Saluran 410), On Demand, Astro GO dan sooka.

Post a Comment

1 Comments

  1. Akak pun tengah tunggu episod banyak sedikit baru best layan 😊

    ReplyDelete